Search
Close this search box.

Persoal Agama Anak, Azhar Sulaiman Jawab Komen ‘Pedas’ Warganet Dengan Tenang

Baru-baru ini, nama anak perempuan kepada aktor terkenal tanah air Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Leona dikatakan sangat aktif memuat naik video ke Instagram dan TikTok. Tidak berhenti di situ, orang ramai turut mempertikaikan gaya pemakaian wanita itu yang didakwa kurang sopan.

Untuk dijadikan cerita, timbul pula isu terbaharu apabila sebuah akaun di Instagram mempersoalkan agama Leona. Pelakon Keluarga Iskandar The Movie itu bagaimanapun berjaya menjawab persoalan sensitif dan ‘pedas’ yang dilemparkan terhadap anak perempuannya itu dengan tenang.

Aktor itu membalas pertanyaan tersebut dengan bertanya kembali kepada akaun berkenaan yang melemparkan komen tidak sepatutnya ini.

Sumber: Instagram @azharbsulaiman

Gaya santai Azhar Sulaiman menjawab komen tidak sensitif ini sekali lagi berjaya mendapat pujian daripada rata-rata warganet yang memaparkan sikap defensive seorang ayah dalam mendidik anak perempuannya.

Sumber: Twitter @kasihirisleona

Selain itu, terdapat juga komen daripada orang ramai yang memberikan cadangan kepada Azhar Sulaiman untuk mengabaikan komen-komen ditinggalkan oleh akaun palsu yang menyerang Instagram beliau.

Pada pendapat anda, adakah komen yang ditinggalkan oleh akaun palsu berkenaan merupakan satu soalan yang sensitif?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca