Persis Ular, Gadis Berlidah Panjang Ini Raih Pendapatan Hampir Setengah Juta Setahun

Percaya atau tidak, suatu kelemahan dan kekurangan insan itu sebenarnya merupakan kelebihan yang ada pada diri seseorang. Semuanya terpulang kepada individu tersebut sama ada bijak menggunakan kekurangan itu atau tidak.

Baru-baru ini gempar mengenai seorang gadis bernama Mikayla Saravia dari West Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat yang berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM415,000 setahun. Pekerjaan yang dilakukan oleh gadis ini ternyata mudah iaitu hanya bergaya sambil menjelirkan lidahnya.

Uniknya, lidah gadis ini tidak seperti manusia lain berikutan saiznya yang agak besar, panjang dan berukuran 16.5 sentimeter. Lebih memeranjatkan, gadis muda berusia 21 tahun ini merupakan instafamous yang mempunyai dua juta pengikut di Instagram.

https://www.instagram.com/p/BoM15f8AfF-/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi laman akaun instagramnya, gadis ini mampu meraih pendapatan antara RM1250 hingga RM12,500 untuk setiap posting dalam media sosial tersebut.

Selain itu, Mikayla turut berniaga dengan menjual kemeja dan barangan lain seperti pemegang dan pengecaj telefon yang mempunyai logo istimewa berbentuk lidah panjangnya.

Menurut laporan Mstar, terdapat satu video yang menjadi kegemaran gadis ini. Rakaman tersebut merupakan iklan yang menggunakan Mikayla untuk melakonkan watak berpura-pura menjadi ayam belanda dalam situasi makan malam keluarga.

Penyebaran iklan ini ternyata membawa keberuntungan selama dua tahun berturut-turut apabila Mikayla berjaya memperoleh RM208,345 pada tahun lepas dan jumlah dikatakan berlipat kali ganda pada tahun seterusnya.

Maka, didiklah diri untuk menjadi seorang yang menghargai kekurangan, kelemahan dan keistimewaan agar lebih bersyukur dengan setiap pemberian tuhan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca