Persis Tembikai, Ini Cara Orang Amerika Syarikat Potong Buah Nangka

Sebelum ini, makanan tempatan yang menjadi kebanggaan kita semua pernah dikritik oleh chef terkemuka dari luar negara iaitu John Torode berikutan kes ‘Rendang Ayam Crispy’. Ia berjaya mencuri perhatian rata-rata masyarakat di Malaysia.

Baru-baru ini, giliran orang kita pula yang mengkritik cara potongan buah tempatan di sebuah pasar raya dekat Amerika Syarikat.

Segalanya bermula apabila individu bernama Mei Tan berkongsi foto cara potongan buah nangka di Amerika Syarikat seolah-olah ia merupakan buah tembikai. Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian daripada warganet apabila ia dikongsi lebih 6,000 pengguna di laman Facebook.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai rekasi daripada warganet. Ramai yang berpendapat bahawa potongan tersebut sangat aneh dan tidak tercapai dek akal.

Seorang warga Britain yang memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai rumah keduanya sejak 2013 iaitu Rhys Williams tampil memohon maaf bagi pihak Mat Salih di laman Twitternya.

Setakat ini, tweet beliau mendapat lebih 18,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka.

Meskipun ramai yang mengecam cara potongan buah nangka itu, tidak dinafikan bahawa ia secara tidak langsung mengiburkan hari sesiapa sahaja yang melihat foto tersebut.

Mana yang nak jadi Mat Salih, mungkin anda boleh cuba potong buah nangka dengan cara ini!

Artikel Lain Untuk Di Baca