Persis Gamcheon Cultural Village, Kampung Pelangi Di Kelantan Tarik Perhatian Ramai

Sebut sahaja kampung pelangi, pasti Gamcheon Culture Village yang bertempat di Busan muncul dalam fikiran anda. Tempat yang penuh warna-warni itu sangat cantik dan tersenarai sebagai salah satu destinasi pelancongan utama.

Terbaharu, Kampung Sungai Budor yang terletak di Kelantan telah tampil dengan wajah baru di mana rumah-rumah di sana berwarna-warni menjadikannya kelihatan persis Gamcheon Culture Village.

Ini adalah salah satu inisiatif yang diambil oleh Pertubuhan Prihatin Wanita Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menjadikan tempat berkenaan sebagai destinasi pilihan para pelancong.

Menariknya, ciri-ciri tradisional masih dikekalkan pada setiap rumah penduduk kampung berkenaan sekali gus menjadikan ia lebih unik.

Jika anda memang kaki bergambar, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke perkampungan Sungai Budor ini sekiranya anda menjejakkan kaki ke Kelantan. Pasti semua gambar yang diambil Instagram-worthy belaka!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca