[Video] Persembahan Judika Bikin Bunga Citra Lestari Menangis Di Program Indonesian Idol

Meskipun sudah genap dua minggu selepas pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (BCL) ternyata masih berperang dengan perasaan sedih yang dirasainya sehingga sukar untuk disembunyikan.

Pada kemunculannya dalam dua persembahan yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu baru-baru ini, BCL ternyata gagal untuk mengawal emosinya dan menangis di pentas sewaktu sedang menyampaikan lagu Cinta Sejati yang mengingatkannya kepada sang suami.

Namun, BCL kembali menghadirkan diri menjadi juri di sebuah program nyanyian Indonesian Idol pada Isnin lalu yang digantikan oleh Rossa pada minggu sebelumnya.

Ternyata situasi kali ini berbeza apabila punca tangisan BCL itu adalah daripada persembahan Judika yang menyampaikan single terbaharunya iaitu Tak Mungkin Bersama ketika program itu berlangsung.

BCL yang duduk di kerusi juri tidak dapat menahan tangisannya dan menangis teresak-esak. Penyanyi Ari Lasso yang juga berada di situ sebagai juri cuba untuk menenangkan BCL.

Situasi itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet apabila petikan video itu tular dan mengundang simpati ramai.

Kebanyakannya menyalahkan pihak produksi kerana tidak menjaga sensitiviti BCL dan seolah-olah mereka sengaja mencipta situasi tersebut untuk menaikkan rating program itu.

Walau bagaimanapun, ramai yang memuji BCL kerana sikapnya yang profesional terhadap kerja kerana sanggup menghadirkan diri menjadi juri walaupun keadaannya yang masih belum stabil.

Kami dari pihak Lejen Digital mendoakan semoga BCL terus kuat dan tabah menjalani kehidupan sehariannya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Bunga Citra Lestari, sila klik pada pautan di bawah :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca