Persembahan Berapi Daripada Gadis-Gadis Drummer Ini

“Wow!”

Itulah apa yang terloncat keluar dari mulut kami apabila melihat video persembahan gadis-gadis yang berbakat dan mempunyai personaliti dalam memukul dram ini:

1. Nur Amira Syahira

Amira baru berusia 8 tahun sewaktu kali pertama memegang kayu dram. Itu yang menarik perhatiannya dalam banyak-banyak instrumen muzik.

Percayakah anda bahawa dia berguru dengan YouTube saja untuk belajar teknik dan skil bermain dram like a pro, tanpa masuk mana-mana kelas. Idolanya adalah Meytal Cohen, Joey Jordison daripada Slipknot dan band ternama Malaysia,Wings.

Dia boleh ‘cover’ pelbagai lagu dari Hindustan, dangdut sehinggalah metal. Kini, gadis berusia 16 tahun ini mempunyai 1.73 juta subscribers di saluran YouTube.

2. Luo Xiao Bai @ S.White

Pemuzik jalanan dari Taiwan ini telah memukau khalayak dengan aksi pukulan dramnya yang begitu berapi dan passionate sekali.

Popularitinya semakin meningkat naik setelah video dia sedang cover lagu Fantastic Baby nyanyian BIGBANG dimuat naik di page hiburan Facebook popular, Koreaboo.

Persembahan membara daripada gadis-gadis berbakat ini membuatkan kami turut mahu ikut melepas perasaan dengan pukul dram kuat-kuat sampai patah stick itu.

Artikel Lain Untuk Di Baca