Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tegur Iklan RapidKL Guna Bahasa Cina

Tular di media sosial mengenai tindakan RapidKL yang menggunakan bahasa Cina bagi mempromosikan iklan di dalam perkhidmatan mereka.

Tindakan RapidKL tersebut telah diselar oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui hantaran di Facebook mereka.

“Orang Malaysia dah tak reti bahasa Melayu ke? Lagi sekali iklan yang tidak menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama di iklan di tempat awam. Masih lagi tak sedar,” tulis mereka.

Setakat artikel ini dutulis, hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 591 perkongsian dan lebih 3,000 tanda suka. Rata-rata warganet turut mempersoal tindakan RapidKL yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama.

Isu ini mula hangat diperkatakan apabila seorang individu memuat naik ciapan di laman Twtternya yang menunjukkan sebahagian ruang iklan di dalam perkhidmatan RapidKL menggunakan bahasa Cina.

“Penghinaan kepada bahasa kebangsaan, sampaikan paparan iklan bahasa mandarin lebih utama. Kenapa? Rakyat Malaysia dah tak reti berbahasa Melayu ke sampaikan bahasa Mandarin diutamakan?” tulisnya.

Isu ini menjadikan semakan parah apabila persoalan ini telah dijawab secara sambil lewa oleh pihak RapidKL apabila mereka hanya menyatakan bahawa “itu setakat nak iklan je… takde isu dengan hal bahasa kebangsaan.”

Warganet berpendapat bahawa jawapan daripada RapidKL adalah tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan sikap profesional sebuah agensi besar yang sepatutnya turut bertanggungjawab untuk mempromosikan bahasa kebangsaan.

Setelah isu ini tular, RapidKL memaklumkan bahawa mereka sudah membawa isu ini ke perhatian bahagian Non-Fare Revenue (Pendapatan Sampingan) MRT Corp bagi tindakan lanjut. Walau bagaimanapun, tiada permohonan maaf daripada admin RapidKL berkenaan jawapan balas pertama yang dianggap warganet sebagai tidak bertanggungjawab.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca