Pernahkah Anda Terfikir? Ke Mana Perginya Najis Manusia Dalam Tandas Pesawat

Pasti anda pernah terfikir kan? Jika anda menggunakan tandas di dalam kapal terbang, ke mana semua sisa kumbahan manusia itu pergi dan dilupuskan. Ia pasti menimbulkan tanda tanya iaitu apa yang berlaku apabila kita menggunakan tandas pesawat dan mengepam di udara pada ketinggian 32,000 kaki.

Pasti anda juga tertanya-tanya, adakah kapal terbang pernah membuang sisa kumbahan manusia semasa terbang di udara? Jawapannya ialah tidak boleh dan tidak dibenarkan. Jadi, apa yang berlaku kepada najis di dalam tandas pesawat?

Kredit: newscrunch.in

Menurut konteks penerbangan, blue ice adalah sisa kumbahan yang membeku dan bocor semasa sesebuah pesawat itu sedang terbang. Mengapa ia berwarna biru? Ini kerana warna cecair tersebut sendiri ialah biru yang kemudiannya membeku bersama sisa kumbahan dan membentuk pepejal yang berwarna biru. Sehingga kini, sesetengah masyarakat masih percaya bahawa kapal terbang membuang najis berwarna biru yang beku (blue ice) melalui udara.

Untuk pengetahuan anda, seiring dengan perkembangan teknologi yang moden, terdapat dua sistem yang digunakan dalam tandas penerbangan. Antaranya adalah:

1. Sistem Sisa Buangan Tertutup

Sistem sisa buangan tertutup yang berfungsi seperti tandas di rumah anda. Ia membuang air sisa buangan ke dalam tangki kumbahan semasa penerbangan.

2. Sistem Sisa Buangan Vakum

Sementara itu, sistem kedua yang lebih moden dipanggil sistem sisa buangan vakum yang menyerap air sisa buangan ke dalam tangki. Tandas vakum bergantung kepada sedutan yang kuat dan dinding yang licin untuk menarik bahan buangan menggunakan hanya kiraan satu pecahan daripada satu galon air. Menekan butang ‘flush’ membuka injap di bahagian bawah mangkuk tandas pesawat dan mendedahkan kandungannya ke dalam vakum pneumatik.

Selepas itu, vakum tersebut menyedut beban melalui saluran pembetung kapal terbang ke dalam tangki yang mengandungi 200 galon air. Kemudian, sisa itu tersimpan di dalam tangki tersebut sepanjang tempoh penerbangan sebelum disedut keluar oleh kru di atas darat.

Oleh itu, dakwaan yang mengatakan bahawa sisa kumbahan daripada tandas tersebut dibuang semasa pesawat masih berada di udara adalah tidak benar sama sekali.

Sumber: Metro

Artikel Lain Untuk Di Baca