Pernahkah Anda Berasa Kebas Kaki Dan Tangan? Ia Adalah Tanda Neuropati

Kebanyakan ramai yang tidak sedar akan masalah saraf atau neuropati ini kerana merasakan ia disebabkan oleh faktor usia terutamanya kepada golongan wanita.

Rasa kebas, sakit apabila disentuh, otot lemah atau kejang ini sering diabaikan akibat kurang kesedaran mengenai gejala penyakit ini, sedangkan ia mempunyai kaitan dengan kesejahteraan hidup kita juga.

Sistem saraf ini berfungsi menghantar isyarat dalam badan dan membantu menerima rangsangan, memahami dan memberi maklum balas kepada sekeliling.

Sistem saraf pusat ini merangkumi otak, tulang belakang dan juga sistem saraf periferal yang terdiri daripada sel-sel dan juga gentian saraf atau neuron kerana ianya saling bekerjasama untuk menyelaras tindakan boleh dikawal seperti berjalan dan juga luar kawalan seperti bernafas.

Neuropati ini adalah gangguan saraf yang memberi kesan kepada transmisi maklumat. Hal ini kerana, profilnya yang rendah dan juga simptom yang mirip dengan patologi lain.

Neuropati sukar untuk dikesan dan sering tidak diagnosis. Selain itu, gangguan saraf ini juga kebiasaannya merupakan penyakit kronik dan mengakibatkan kerosakan saraf yang semakin teruk.

Antara simptom penyakit neuropati adalah pelbagai dan meluas. Kebiasaannya individu yang mengalami keadaan ini tidak mendapatkan nasihat doktor.

Mereka mungkin ada mengalami sedikit rasa tidak selesa tetapi selalu mengabaikannya. Antara simptom neuropati adalah rasa sakit apabila disentuh, kebas, keperitan seperti terbakar, kehilangan sensasi, otot menjadi kebas, sukar untuk berjalan atau menaiki tangga dan juga gaya berjalan yang tidak stabil.

Penyakit neuropati ini juga terdapat faktor risiko termasuk penyakit yang dikaitkan dengan kerosakan saraf sebagai komplikasi sekunder malah dalam 20 peratus kes ini penyebab neuropati masih tidak diketahui.

Antara faktornya adalah penyakit kronik seperti diabetes, gaya hidup yang tidak sihat, tekanan berulang-ulang pada saraf seperti memasak atau sentiasa duduk untuk jangka masa lama serta genetik.

Penyakit ini juga boleh dicegah dengan pengambilan vitamin B neurotropik iaitu gabungan vitamin yang memberi manfaat terhadap kesihatan sistem saraf itu sendiri.

Hal ini kerana, kekurangan pengambilan vitamin B ini kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit saraf dan apabila ia berlaku, suplemen vitamin B neurotropik ini boleh diambil sebagai rawatan.

Penulis:

  • Hani Izzatie Binti Sober adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penyakit, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca