Pernah Menjadi Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi Sisi Tersembunyi Di Sebalik Kerjaya Berkenaan

Setiap pekerjaan mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. Tidak dinafikan bahawa ramai anak muda meminati kumpulan K-Pop dan ada antara mereka yang pernah menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang bintang dalam industri hiburan tersebut.

Walaupun begitu, kehidupan untuk menjadi seorang bintang K-Pop tidaklah indah seperti yang dipaparkan di kaca televisyen. Buktinya, seorang bekas penyanyi dalam kumpulan SKarf sendiri iaitu Tasha Low mendedahkan hal tersebut!

Tasha menerusi sebuah temu bual berkata bahawa pada mulanya anda akan menerima layanan baik tetapi lama-kelamaan anda tidak boleh menggunakan telefon pintar untuk berhubung dengan orang luar.

Tambahnya, beliau hanya dibenarkan untuk berhubung dengan ahli keluarganya pada setiap hari Ahad sahaja! Itu pun mereka hanya dibenarkan untuk menggunakan telefon syarikat selama lima minit sahaja pada hari tersebut.

Tidak berhenti di situ, Tasha akui bahawa hidup beliau pada ketika itu dikongkong oleh agensi dan rutin hariannya hanyalah berlatih serta bersaing dengan pelatih-pelatih lain.

Untuk pengetahuan anda, Tasha Low menceburi industri hiburan K-Pop tujuh tahun lalu sebagai ketua kumpulan SKarf pada tahun 2012. Namun, kumpulan itu telah dibubarkan pada tahun 2013 kerana kekurangan dana.

Dalam pada itu, siapa sangka bahawa anda perlu melalui pengalaman seperti itu untuk menjadi seorang bintang K-Pop? Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca