Pernah Menangis Meminta Tolong Di Akaun Peribadi, Kawan Sulli Imbau Kembali Kemurungan Yang Pernah Dialami Selebriti Itu

Baru-baru ini, Hong Seok Chun yang merupakan artis terkenal Korea Selatan telah mendedahkan tentang sahabat baiknya, Sulli, 25, pernah beberapa kali menangis meminta tolong menerusi akaun Instagram peribadi miliknya.

Nama sebenar Sulli, Choi Jin Ri, ditemui mati di apartmentnya pada 14 Oktober lepas. Menurut pihak polis kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri dek tiada petanda yang Sulli dibunuh atau sebarang tanda pecah masuk.

Beberapa media tempatan Korea melaporkan kematian Sulli berpunca daripada buli siber yang dihadapinya sehingga menyebabkan dia kemurungan dalam tempoh yang lama. Akhirnya, Sulli tekad mengambil nyawanya sendiri.

Sulli sebelum itu pernah meminta agensinya, SM Entertainment untuk mengambil tindakan terhadap komen berbaur negatif yang ditulis oleh warganet tidak bertanggungjawab.

Menerusi rancangan realiti TV, Rumor Has It, Hong memberitahu bahawa Sulli sebenarnya mempunyai akaun Instagram peribadi yang hanya dibuat khas untuk teman rapatnya sahaja.

Tambah Hong, Sulli banyak kali memuat naik posting di akaunnya itu tentang masa sukar yang dihadapinya sehingga akhir tahun lepas.

“Rata-rata selebriti terutamanya idol mempunyai akaun peribadi yang tidak dikongsikan dengan warganet. Sulli juga turut tidak ketinggalan mempunyai akaun sebegitu.”

“Dia banyak menzahirkan perasaannya yang sedang bergelut dengan masa sukar yang dihadapi di akaun terbabit. Semua orang risau akan dirinya. Jadi, kami cuba untuk menolong dengan memberikan perhatian yang lebih terhadap Sulli. Namun, baru-baru ini dia nampak sihat dan baik-baik sahaja,” jelas Hong.

Sulli mencuba sebaik mungkin untuk tidak mengekspresikan perasaan sebenar dirinya menerusi laman Instagram tersebut. Hal ini membuatkan semua orang mengandaikan dia semakin pulih.

Hong yang sudah bertahun mengenali Sulli berkata, Sulli kelihatan ‘bersinar’ pada tahun ini.

Benarlah, penyakit depresi ini pembunuh dalam diam di mana tiada siapa dapat jejak mengesan simptom-simptomnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca