Sanggup Membunuh Kerana Anak Terlampau Malas, Ini 5 Rahsia Keluarga Yang Menakutkan

Tidak tahan dengan perangai ahli keluarga yang tidak terkawal atau melampaui batas hingga melepasi tahap kesabaran, ini mungkin sebab mengapa seseorang itu bertindak di luar jangkauan.

Di bawah ialah senarai lima rahsia keluarga yang telah terungkai dan menakutkan.

1. Keluarga Staude

Malang bagi keluarga ini apabila seorang demi seorang ahlinya meninggal dunia. Bermula daripada si suami, Mark Staude yang meninggal pada tahun 2012 dahulu, anak lelakinya pula, Shaun Staude yang menghidapi autism pula meninggal lima bulan selepas itu. Susulan daripada kematian Shaun, adik perempuannya pula, Sarah Staude juga pergi buat selama-lamanya akibat cedera organ dalaman dan otak. Yang masih hidup ketika itu ialah isteri Mark, Diane Staude dan anaknya Rachel Staude.

Polis melakukan siasatan dan mendapati dua beranak inilah sebenarnya pembunuh ahli keluarga mereka sendiri. Rachel yang merupakan anak kegemaran Diane bersubahat dengan ibunya dan menggunakan racun Antifreeze untuk membunuh ahli keluarganya. Motif pembunuhan tersebut adalah kerana tidak tahan dengan perangai mangsa-mangsa yang menyusahkan dan pemalas. Dua beranak itu akhirnya ditahan dan dipenjarakan.

2. Keluarga Howell

Collin Howell, lelaki dari British ini pernah berkahwin namun isterinya meninggal dunia pada tahun 1980 sebelum berkahwin dengan perempuan simpanannya iaitu Kyle Jorgensen.

Selepas berkahwin dengan isteri barunya, Collin memberitahu satu rahsia yang dipendam selama ini kepada Kyle. Isteri pertamanya dahulu tidak meninggal secara semula jadi tetapi dialah yang sebenarnya membunuh wanita itu hanya kerana semata-mata ingin mengahwini Kyle.

Disebabkan rasa bersalah, Collin ingin menyerah diri kepada polis tetapi dihalangi Kyle dek mereka mempunyai anak yang masih kecil. 10 tahun selepas itu, Collin menyerah diri kepada polis dan diberikan hukuman penjara selama 21 tahun.

3. Keluarga Uden

Pasangan yang nampak baik, normal, sering berkunjung ke gereja serta peramah ini sebenarnya menyimpan satu rahsia besar sebelum mereka berkahwin. Gerald dan Alice Uden masing-masing pernah berkahwin sebelum ini.

Tiga tahun lalu, Gerald telah membunuh isteri dan dua anak lelakinya iaitu Richard, 12, dan Reagan, 10, lantas memasukkan mayat-mayat mereka ke dalam tong drum dan membuang tong drum tersebut ke dalam sungai.

Ketika siasatan, Gerrald memberitahu dia perlu membunuh kedua-dua anaknya juga jika dia ingin membunuh isterinya. Gerrald telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala Alice pula membunuh suaminya dan membuang mayat mangsa ke dalam lombong arang.

3. Keluarga Tetzlaff

Disanjung dan digelar pejuang unggul negara Argentina, Liutenant Herman Tetzlaff ini sebenarnya menyembunyikan rahsia yang menggerunkan.

Dia bertanggungjawab ke atas penculikan ratusan bayi daripada keluarga yang menentang pemerintahan diktaktor Argentina dan memberikan bayi tersebut kepada keluarga lain ketika perang saudara pada tahun 1976 dahulu.

Setelah diculik, keluarga bayi tersebut akan diseksa dan dibunuh dengan kejam. Tambah tidak masuk akal apabila anak perempuan Herman sendiri bukanlah anak kandungnya tetapi juga diculik suatu ketika dahulu dan Herman telah membunuh keseluruhan keluarga anak perempuannya itu. Langsung dia menjaga bayi itu sebagai anak sendiri.

5. Keluarga Aguilar.

Selepas suaminya meninggal dunia, Veronica Aguilar yang mempunyai seorang anak lelaki penghidap autism, Yonathan telah berkahwin lain di Los Angeles. Tidak tahan dengan perangai Yonathan, Veronica bertindak mengurung anaknya itu di dalam almari sepanjang masa, tidak dibenarkan keluar dari rumah dan hampir setiap masa diberikan ubat yang membuatkan badan Yonathan sentiasa lemah.

Jika ahli keluarganya menyoal akan soal ketiadaan Yonathan di rumah, Veronica akan memberitahu bahawa Yonathan dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak autism.

Rahsianya terbongkar apabila Yonathan meninggal dunia akibat tidak diberikan makanan yang secukupnya. Perkara ini disedari ayah tiri Yonathan dan dia segera melaporkan kepada pihak polis.

Mungkin kedengaran biasa namun hakikatnya kisah-kisah diatas adalah dua peratus cerita daripada seratus peratus yang tidak terungkap kebenaran disebaliknya. Baki selebihnya adalah kisah yang tidak terungkai yang mungkin lebih dahsyat kebenarannya.

Nilai kemanusiaan semakin lenyap dan yang cuma tinggal hanyalah seketul daging yang membusuk dan mati di dalam jasad bergerak manusia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca