Pernah Kena ‘Reject’ Jenama Fesyen Dunia, Kini Neelofa Berjaya Bawa Imej Hijab Ke Luar Negara

Menjadi individu Noor Neelofa Mohd Nor bukanlah mudah seperti yang dilihat oleh masyarakat.

Kejayaannya sehingga kini dilalui dengan pelbagai cabaran dan liku-liku sebelum sampai ke tahap personaliti ini sekarang.

Bermula dengan hanya peniaga kasut, selepas Neelofa menjuarai Pencarian Dewi Remaja pada 2009/2010. Beliau teruskan mewarnai industri hiburan tanah air dengan membintangi drama serta filem.

Malah beliau juga turut bergelar pengacara televisyen dan model.

Neelofa juga terus menempa kejayaan dan bergelar seorang usahawan berjaya.

Perniagaan yang diusahakan oleh Neelofa adalah jenama tudungnya, Naelofar.

Bukan itu sahaja, Neelofa juga sudah ke peringkat antarabangsa apabila beliau menghadiri fashion show daripada fesyen terkenal dunia.

Menjadi seorang selebriti berhijab, Lofa berbangga kerana dia menjadi antara wakil pertama individu berhijab di pentas fesyen dunia.

Berkongsi pengalamanya, ketika dia baru sahaja berhijab. Neelofa mengakui bahawa pernah ditolak oleh sebuah jenama fesyen terkenal dunia.

Processed with VSCO with ka1 preset

“Masa mula-mula saya nak loan baju dari jenama fesyen mewah dunia, saya pernah direject kerana mereka mengatakan baju tersebut tidak sesuai dipakai oleh individu yang berhijab.”

“Ketika itu saya agak terkejut kerana alasan yang diberikan oleh pihak mereka,” katanya.

Beliau rasa tercabar dengan pihak mereka yang mengatakan wanita berhijab tidak pandai untuk bergaya.

Malah beliau juga ingin membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu sebaris dengan selebriti lain di peringkat antarabangsa.

“Mula-mula saya bergaya turban jika menghadiri event luar negara tetapi Alhamdulillah, pada September lepas saya menggayakan hijab sepenuhnya ketika fashion show antarabangsa,” katanya.

Beliau sangat bangga kerana dapat membawa imej berhijab di mata dunia.

“Namun, ini baru langkah permulaan untuk saya kerana ada banyak lagi yang saya nak capai dalam kerjaya ini,” jelas Neelofa yang berkongsi pengalamannya bersama Top 7 Finalis Dewi Remaja di Ate Cetera, Sri Hartamas.

Walaupun sibuk dengan kerjayanya, Neelofa sempat meluangkan masa bersama juniornya bagi memberi semangat dan kata-kata nasihat kepada mereka yang bakal memasuki dunia hiburan nanti.

Semoga Neelofa lebih berjaya di masa akan datang dan terus menjadi inspirasi buat anak muda yang ingin berjaya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca