Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Terkini Resort Ini Buat Warganet Sedih

Pernahkah anda menonton filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys? Untuk pengetahuan anda, lokasi penggambaran filem komedi arahan Ahmad Idham ini dijalankan di sebuah resort mewah di Pulau Pangkor, Perak.

Baru-baru ini, seorang YouTuber telah memuat naik video di mana dia berkongsi pengalaman melawat tempat penggambaran filem yang dibintangi kumpulan Senario, Marsha Milan Londoh, Mek Siti, Maria Farida dan Jamali Shadat itu.

Sumber: mStar

Sekiranya anda menonton video tersebut, lelaki itu dilihat membandingkan beberapa babak dalam filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys dengan keadaan terkini resort mewah berkenaan yang kelihatan terbengkalai.

Suasana resort itu kelihatan suram dan kebanyakan tempat kini dipenuhi lalang yang panjang sehingga ke paras pinggang. YouTuber itu turut menjelaskan resort tersebut kelihatan sangat menyedihkan kerana ia telah ditutup 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman TikTok mendapati rata-rata warganet turut berasa seram sejuk dan sedih melihat keadaan terkini resort berkenaan serta ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menginap di situ suatu ketika dahulu.

Ada juga yang tertanya-tanya apakah faktor penutupan resort itu dan kenapa ia dibiarkan begitu sahaja. Apa pendapat anda? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca