Kalau sebut sahaja nama usahawan terkenal Dato Seri Vida (DSV) pasti ramai yang tahu DSV ada dua orang anak Cik B dan Kacak yang sering dibawa ke mana sahaja sehingga dikenali oleh warganet.

Baru-baru ini, salah seorang anak DSV yang lebih mesra dipanggil Cik B telah membuat pengkongsian di laman Twitter mengenai kisah hidup dia semasa kecil.

CiK B atau nama sebenar Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 14, telah menceritakan kisah hidup dia semasa kecil dan secara tidak langsung membuatkan warganet sebak.

Cik B menceritakan bahawa masa kecil dia pernah di pukul dan di dera oleh pembantu rumahnya. Dia pernah di pukul dengan menggunakan buluh.

Namun begitu, dia tidak mengadu akan perbuatan pembantu rumah tersebut kepada ibunya kerana bimbang akan dimarahi.

Namun, bagai tupai jatuh ke tanah. Kelakuan pembantu rumah tersebut kantoi apabila DSV melihat rakaman cctv dimana dia sedang memukul Cik B. Terkejut dengan pebuatannya itu, lantas DSV memecat pembantu rumah tersebut.

Lebih menyedihkan apabila Cik B ada menceritakan tentang sisi gelap ayahnya sendiri. Dia mengatakan bahawa ayahnya sering memukul DSV meminta wang. Jika tidak diberi, Cik B pula yang di ugut untuk di potong tangannya.

Tambahnya lagi, ayahnya pernah mengugut untuk membakar rumah mereka jika tidak di berikan duit.

Rata-rata warganet terharu apabila membawa thread yang ditulis oleh Cik B ini.

Sebelum tragedi hitam menimpa DSV apabila dua orang puteranya meninggal dunia disebabkan rumah terbakar. Mayat Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10, ditemui di bilik mandi. Kejadian berlaku sekitar 7 tahun yang lalu.

Diharapkan Cik B bila sudah besar akan menjadi sekuat ibunya DSV.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda