Pernah Ditawar Peranan Putera Seongnam, Ini Sebab Kenapa Bae Inhyuk Tolak Watak Itu

Aktor meningkat naik Bae In-hyuk telah berkongsi menerusi satu temu bual tentang penampilan khasnya dalam drama Under The Queen’s Umbrella.

Sumber: Instagram @inhyuk_bb

In-hyuk membuat penampilan istimewa dalam drama Under The Queen’s Umbrella sebagai putera mahkota. Beliau adalah seorang putera raja yang sempurna dengan kecerdasan dan kemahiran untuk mempertahankan diri tetapi wataknya menghembuskan nafas terakhir kerana telah diracun.

Memetik laporan Kimchi Daily, In-hyuk mendedahkan dalam sesi temu bual bahawa dia sepatutnya memainkan watak Putera Seong-nam (lakonan Moon Sangmin) pada awalnya.

Dari kiri ke kanan: Sangmin dan In-hyuk. Sumber: Wow Keren

“Sebenarnya saya berjumpa dengan pengarah beberapa kali untuk memainkan watak Seong-nam tetapi saya sudah pun terlibat untuk drama Cheer Up dan itu menyebabkan konflik jadual. Saya fikir saya hanya akan fokus pada Cheer Up.

Kemudian pengarah menghubungi saya dan memberitahu saya tentang peranan putera mahkota. Dia berkata dia mahu saya menyertainya jadi saya memilih untuk membuat penampilan istimewa,” ujarnya.

Untuk pengetahuan anda, Under The Queen’s Umbrella melabuhkan tirainya pada 4 Disember lalu dengan mencapai rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu 16.9%.

Sumber: Instagram @inhyuk_bb

Berbeza dengan kebanyakan ratu yang digambarkan sebagai seorang yang mempunyai penampilan dan sikap anggun, Im Hwaryeong (Kim Hye-soo) dalam Under The Queen’s Umbrella membuktikan sebaliknya.

Disebabkan anak-anaknya merupakan putera raja yang sering menimbulkan masalah, Hwaryeong merupakan seorang ratu yang pemarah, sensitif dan panas baran.

Hwaryeong memutuskan untuk tidak mengikut protokol dan dia berusaha keras untuk mengubah anak-anak lelakinya supaya mereka dapat menjadi seorang putera hebat melalui pendidikan. Adakah anak-anak Ratu Hwaryeong mampu menjadi seorang putera raja yang hebat?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca