Tular sebuah kisah seorang wanita dari luar negara yang pernah berubah menjadi lelaki selama hampir dua dekad. Bagaimanapun, kini, wanita berusia 61 tahun itu kembali memulakan rawatan untuk menjadi wanita semula.

Difahamkan bahawa, wanita ini telah bergelut dengan identiti seksualnya selama bertahun-tahun sehingga pada usia 44 tahun, ia memutuskan untuk beralih daripada Debbie Karemer kepada Lee Harries.

Bagi menyempurnakan transisi jantina dalam dirinya itu, dia didakwa memulakan rawatan testosteron sehari selepas berjumpa dengan seorang doktor swasta. Kemudiannya, dia nekad untuk membuang bahagian payudaranya.

Setelah bertahun lamanya, Debbie akhirnya nekad untuk mengembalikan jantina lamanya sejurus selepas terjaga dari tidur sebaik melakukan pembedahan terakhir untuk menjadi seorang Lee Harries.

Ternyata, kesemua tindakan yang mempengaruhi pemikirannya adalah berpunca daripada gangguan tekanan post traumatik yang sangat kompleks. Hal ini disebabkan oleh, penderaan seksual yang dialami oleh Debbie Karemer selama beberapa tahun.

Menurut laporan mStar, Debbie merupakan seorang mangsa deraan seksual ayah kandungnya sendiri. Sejak itu, dia mula membenci tubuh badannya sendiri akibat berasa sering dijadikan mangsa bapanya.

Jelas wanita yang sudah tergolong sebagai warga emas itu, keinginannya untuk beralih kepada lelaki disebabkan oleh perasaannya yang mendesak supaya berfikir bahawa dia tidak akan diperkosa lagi sekiranya tidak memiliki vagina.

“Tetapi, saya bukan lelaki, saya hampir-hampir menjadi seorang lelaki, saya merasa benar-benar cacat. Saya benar-benar terlepas untuk menjadi seorang wanita… Saya berharap agar saya boleh bangkit kembali sebagai Debbie,” Kata Debbie.

Justeru, perkongsian kali ini sememangnya membuka mata hati kita sebagai pembaca, pemerhati dan masyarakat dunia. Tidak semua insan yang dilahirkan ke dunia memilih untuk menjadi jahat dan sebagainya.

Namun, ‘kejahatan’ dan ‘keburukan’ yang dilakukan ternyata berpunca daripada sesuatu asbab yang paling tidak kita sangka.

Apapun yang berlaku, berhenti daripada menjadi warga yang gemar menghentam dan menjatuhkan sesama manusia, namun jadilah masyarakat yang bersama-sama menasihati antara satu sama lain agar individu seperti ini tidak akan jauh dan hanyut ke lembah yang tidak sepatutnya.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

mStar