Pernah Dibuang Keluarga Sewaktu Bayi Dalam Tong Sampah, Kini Tumbuh Dewasa Menjadi Seorang Jutawan

Tidak dinafikan, kes pembuangan bayi sememangnya telah lama berlaku sejak dahulu lagi.

Terkini, salah seorang mangsa pembuangan bayi dikhabarkan membesar menjadi seorang dewasa. Sadisnya, beliau pernah dibuang di dalam tong sampah dekat Florida sejurus selepas dilahirkan pada tahun 1989.

‘Bayi’ tersebut kemudiannya diselamatkan oleh seorang pejalan kaki. Berdasarkan The Daily Commercial, penemuan bayi tersebut kemudiannya membawa kepada keluarga angkatnya yang sangat penyayang iaitu Nathan dan Betty Figgers.

Mangsa yang mungil itu telah pun berusia 30 tahun sekarang. Pemuda matang dan kacak ini dinamakan sebagai Freddie Figgers.

Membesar dengan status anak angkat ternyata bukan satu perkara yang mudah. Lelaki ini sering dihina rakan-rakan dengan panggilan ‘bayi tong sampah’.

Bagaimanapun, tidak selalunya kehidupan manusia itu akan dihujani dengan kesedihan. Pada suatu hari, bapa kepada pemuda ini memberikannya sebuah komputer rosak untuk dijadikan sebagai alat permainan.

Permainan ini secara tidak langsung membuahkan rasa cinta Freddie terhadap teknologi. Bayangkan, pada usia 13 tahun sahaja, dia telah mampu membuka syarikat baik pulih komputer di ruang tamu rumah keluarganya.

Freddie kemudiannya dikhabarkan berjaya mencipta pengesan GPS yang boleh diletakkan di dalam kasut. Alatan ini telah pun dijual kepada syarikat lain dengan harga RM9.1 juta.

Kini, Freddie menjadi seorang pengusaha berjaya di samping sibuk mengelolakan syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat dengan anggaran keuntungan sebanyak RM257 juta.

Difahamkan, Freddie telah meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada kedua-dua keluarga angkatnya kerana sanggup menjaga dan menyokong dia sehingga berjaya seperti saat ini.

Artikel Lain Untuk Di Baca