Pernah Dibaling Selipar, Monyet Ini ‘Dendam’ Sampai 7 Kali Curi Nombor Plat Kereta Sama

Baru, baru ini, satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh seorang wanita memaparkan seekor monyet ‘mengopak’ nombor plat sebuah Proton Saga miliknya di TikTok berjaya menarik perhatian orang ramai.

Pemilik kereta itu menjelaskan bahawa ini bukan kali pertama nombor plat kenderaan beliau dicuri oleh monyet berkenaan. Rakaman CCTV yang wanita itu kongsikan di laman TikTok miliknya adalah kali ketujuh monyet itu mencuri nombor plat kereta miliknya.

Ramai orang terhibur melihat gelagat monyet itu bersungguh-sungguh mencabut nombor plat kereta walaupun ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada dirinya.

Menerusi tinjauan kami di laman TikTok, orang ramai berkongsi pelbagai teori sebab kenapa monyet itu sanggup melakukan perkara tersebut tanpa perasaan serba salah:

Sumber: TikTok @hhtysm

Dalam pada itu, pemilik Proton Saga itu tampil menjelaskan bahawa beliau pernah membaling selipar sehingga terkena kepala monyet itu. Atas sebab itu juga, monyet berkenaan masih lagi menyimpan dendam dengan dirinya dan sanggup mencuri nombor plat keretanya sehingga tujuh kali.

Menurut @hhtysm lagi, anggota polis ketawa ketika mendengar penjelasannya apabila beliau menjelaskan bahawa nombor plat keretanya hilang kerana dicuri monyet ketika ditahan di sekatan jalan raya.

Sumber: TikTok @hhtysm

Apa-apa pun, kami berharap pemilik Proton Saga itu dan monyet dapat berdamai dan mencapai kata sepakat supaya kes kecurian nombor plat kereta seperti ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

@hhtysm

Dah 7 kali dia curi no plate kereta, jumpa serpihan2 dekat hutan belakang 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ #monkey #fypシ #fypdongggggggg #monkey #fypgakni

♬ original sound – W – W

Untuk baca artikel-artikel berkaitan monyet, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca