Pernah Alami Kesusahan Ketika Belajar, Ms Pui Yi Tawar Biasiswa RM4.3 Juta

Ms Pui Yi ingin membantu golongan pelajar yang tidak mampu meneruskan pelajaran mereka sepertimana dia pernah lalui dahulu.

Pelakon filem Pulau, Ms Pui Yi telah mengejutkan semua dengan berita gembira terutama dalam golongan siswa menerusi video terbarunya di TikTok.

Wanita berambut merah jambu itu telah kongsikan, buat pertama kalinya, dia akan mengadakan program biasiswa dengan menawarkan $1 juta.

Pelakon itu bercerita tentang kisahnya ketika belajar untuk menjadi pakar bedah. Dia perlu bekerja hingga lewat malam setiap minggu sambil belajar demi membiayai kos bidang pelajarannya.

Oleh itu, dia terpaksa berhenti belajar walaupun terpaksa melepaskan impiannya untuk menjadi pakar bedah dan tamatkan pengajian dalam bidang lain iaitu perniagaan.

“Sekarang, saya ingin membawa perubahan dan berhasrat untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang memerlukan,” katanya.

Kini, dia sudah mampu untuk lakukan perubahan dan ingin membantu pelajar yang amat memerlukan di seluruh dunia supaya mereka mempunyai peluang untuk tamatkan pengajian mereka dengan jayanya.

“Setiap pelajar akan diberikan geran $1 ribu untuk meneruskan pelajaran dalam bidang yang mereka mahukan. Mereka juga akan mendapat akses untuk menerima geran pelajaran sepanjang proses pembelajaran dan turut diberikan geran perniagaan selepas tamat pelajaran,” terangnya.

Kepada anda yang minat untuk belajar sesuatu bidang tetapi tidak berkemampuan dan mahu daftar untuk biasiswa ini, pergi sahaja ke link, mspuiyischolarship.com.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca