Permintaan Terakhir Mahu Tunggang Motosikal Sendiri, Ibu Maut Bersama Bayi ‘Terkeluar’ Dari Kandungan

Seorang wanita yang sarat mengandung maut dalam kemalangan motosikal sehingga bayi lelakinya terkeluar daripada rahim di Kampung Lumpur, Pasir Mas awal malam tadi.

Suami mangsa, Mohd Khairi Hasbullah berkata isterinya meminta kebenaran untuk menunggang motosikal secara berasingan ke kedai runcit berhampiran rumah.

Tambahnya, arwah menjelaskan bahawa dia tidak selesa untuk duduk sebagai pembonceng ekoran perutnya ketika itu sudah sarat mengandung dan menunggu masa melahirkan anak keempat.

Ketika kejadian, Mohd Khairi sempat mengelak sebuah motosikal yang telah masuk ke laluan mereka.

Namun begitu, isterinya yang berada di belakang gagal berbuat sedemikian lalu motosikal yang ditunggangnya itu bertembung.

Pertembungan dua buah motosikal itu menyebabkan isterinya tercampak dengan bayi yang dikandung ‘terkeluar’ di atas rumput di bahu jalan berkenaan.

Lebih menyayat hati apabila bayi lelaki mereka yang berusia sembilan bulan di dalam kandungan isterinya sempat ‘dilahirkan’ di lokasi kejadian di depan matanya sendiri.

Nor Haliza maut di tempat kejadian manakala penunggang remaja lelaki itu pula meninggal dunia di Hospital Pasir Mas.

Bayi yang terkeluar dari perut ibunya telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 12 tengah malam tadi selepas lima jam bertarung nyawa.

Seorang lagi anak mereka Nurul Iman Maisara, 6 yang membonceng bersama arwah isterinya turut mengalami kecederaan parah di kepala dan sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca