Perlu Tahu Aspek Penting Sebelum Beli Laptop, Ini Cadangan Laptop Buat Pelajar IPT

Laptop merupakan antara keperluan buat pelajar pada zaman serba canggih ini. Buat kertas kerja? Laptop. Sunting video? Laptop. Memang laptop ini tak dapat renggang dengan pelajar masa kini. Lagipun, laptop adalah satu peranti yang mudah dibawa ke mana sahaja berbanding sebuah komputer biasa.

Ada sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) memerlukan laptop yang canggih untuk memastikan gerak kerjanya lancar seperti pelajar multimedia atau animasi.

Namun pada masa kini, pelbagai bidang di IPT menggunakan perisian yang tertentu untuk melakukan tugasan. Perisian tersebut adakala memerlukan sebuah komputer yang mempunyai spesifikasi yang tertentu.

Komponen Asas Sesebuah Komputer

1. Central Processing Unit (CPU)

2. Graphic Processing Unit (GPU)

3. Random Access Memory (RAM)

4. Pilihan Storan: Hard Disk Drive (HDD) dan Solid State Drive (SSD)

Dalam pemilihan laptop, GPU dan CPU yang digunakan adalah penting untuk dinilai. Hal ini penting kerana kedua-dua komponen ini menentukan sebahagian besar prestasi sesebuah laptop.

Bagi RAM pula, 4GB sudah memadai untuk tugasan seperti penggunaan Microsoft Office dan suntingan video yang ringan. Bagi tugasan berat seperti suntingan kesan khas pula memerlukan sekurang-kurangnya 8GB untuk dilaksanakan dengan lancar.

Acer Nitro 5 (RM2,799)

Acer Nitro 5 telah menjadi pilihan ramai kerana laptop ini boleh didapati dengan harga yang murah berbanding jenama lain yang mempunyai spesifikasi serupa.

Laptop ini juga dikuasakan dengan kad grafik GTX 1050 yang berkebolehan memainkan kebanyakan permainan video di luar sana. GTX 1050 juga pilihan yang bagus untuk bidang yang melibatkan grafik.

Spesifikasi Acer Nitro 5 adalah seperti berikut:

  • GPU: Nvidia GTX1050/GTX1050Ti/AMD Radeon RX 560X
  • CPU: Intel i5/i7 8th Generation/AMD Ryzen 5 2500U
  • RAM: 8-16GB
  • Storan: 1TB HDD (Pilihan: +SDD/Intel Optane)

Antara kelemahan laptop ini adalah ruang pengudaraannya yang kurang efisyen. Hal ini akan menyebabkan suhu cepat panas apabila bermain permainan yang ‘bergrafik’ tinggi.

Namun begitu, sebagai pelajar IPT, janganlah kita menghadap game semata-mata. Tapi nak hilangkan stres buat sementara waktu tiada masalah, ataupun nak masuk e-sukan.

Asus Vivobook A407U (RM2,138)

Laptop ini disyorkan oleh penulis kepada pelajar yang tidak mempelajari bidang grafik. Hal ini demikian kerana perbezaan besar laptop ini dengan laptop di atas cumalah pada kad grafik.

Spesifikasi Asus Vivobook A407U adalah seperti berikut:

  • GPU: Nvidia MX130
  • CPU: Intel i5-8250U
  • RAM: 4GB (Disertakan slot tambahan untuk dinaik taraf kepada 8GB)
  • Storan: HDD 1TB

Laptop ini mempunyai fungsi menarik iaitu ‘finger-print scanner’. Fungsi ini mampu memberikan keselamatan tambahan kepada anda.

Ingin diingatkan semula bahawa laptop yang dibeli adalah satu tanggungjawab. Janganlah terlalu leka bermain permainan video sehingga mengganggu pembelajaran. Semoga berjaya di dunia IPT.

Penulis

  • Mohamad Faeez Syazwan Ahmad Zawawi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca