Perlu Kaji Semula Kasut Hitam, Kementerian Pendidikan Malaysia Dapatkan Pandangan Sekolah

Kementerian Pendidikan sedang mendapatkan maklum balas sekolah berhubung pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking hitam.

Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Mohd Jamil Mohamed berkata, pihak sekolah perlu memberi maklum balas sebelum hujung bulan ini.

Kajian telah dibuat bagi melihat keberkesanan pelaksanaan peraturan itu mula diperkenal pada tahun lalu, dengan mengambil kira dapatan daripada pihak sekolah.

“Kementerian berpandagan terdapat keperluan untuk melaksanakan kajian tentang pelaksanaan pemakain kasut hitam oleh murid berdasarkan dapatan yang diperolehi oleh pihak sekolah.”

Datuk Mohd Jamil Mohamed berkata, “Sehubungan itu, kementerian memohon kerjasama pihak sekolah untuk membantu kajian ini dengan melengkapkan maklum balas bagi soalan kajian yang boleh diakses melalui pautan yang dikongsikan menerusi surat pekeliling.”

Namun, daripada dapatan libat urus menunjukkan bahawa majoriti responden termasuk ibu bapa bersetuju dengan pemakaian kasut berwarna hitam berbanding kasut berwarna putih oleh murid sekolah.

Surat pekeliling pemberitahuan itu bertarikh semalam dianjukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri yang dikongsikan menerusi Facebook Friends of Maszlee Malik.

Sementara itu, menerusi pautan dikongsikan, kementerian itu memaklumkan prihatin berkaitan isu warna kasut sekolah dalam kalangan murid.

Kementerian itu sebelum ini memperkenalkan pelaksanaan peraturan berkenaan yang dikuatkuasakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan pada tahun lalu hingga 2021.

Berdasarkan pautan yang telah dikongsikan menerusi surat pekeliling itu, pihak sekolah perlu melengkapkan beberapa maklumat termasuk butiran sekolah dan pelajar.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada 29 Julai 2018, dilaporkan berkata murid sekolah rendah dan menengah akan memakai kasut hitam mulai 2019 susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Untuk baca artikel berkaitan Menteri Pendidikan, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca