Perkosa Remaja Bawah Umur, Lelaki Ini Rebah Selepas Disebat 52 Kali

Seorang lelaki dari Indonesia telah rebah selepas disebat sebanyak 52 kali ketika hukuman berkenaan dijalankan secara terbuka di Idi Rayeuk, Aceh.

Lelaki berusia 19 tahun itu dijatuhi hukuman maksimum iaitu sebanyak 146 kali sebatan kerana telah memperkosa seorang remaja bawah umur.

Sepanjang menerima hukuman tersebut, lelaki ini telah memohon sebatan berkenaan dihentikan dan turut menerima rawatan daripada doktor sebelum ia dimulakan semula.

Walau bagaimanapun, remaja ini rebah selepas 52 kali sebatan menyebabkan dirinya segera dibawa ke pusat perubatan untuk menerima rawatan kerana kecederaan teruk di bahagian punggungnya.

Sumber: Mothership

Dalam pada itu, salah satu doktor di tempat kejadian berkata, “Ketika disebat 52 kali, terdapat luka siat yang berat di punggung kanannya. Sekiranya terus disebat di kawasan yang sama, saluran darah mungkin akan pecah. Atas sebab itu, lebih baik sekiranya kita menangguhkan hukuman tersebut sehingga dia pulih sebelum ia disambung semula.”

Sementara itu, seorang pegawai dari pejabat pendakwa raya Aceh Timur iaitu Ivan Nanjjar Alavi menjelaskan bahawa hukuman maksimum dijatuhkan kepada remaja berkenaan sebagai langkah pencegahan.

Untuk pengetahuan anda, Aceh ialah satu-satunya wilayah di Indonesia yang menetapkan hukuman syariah di mana ia membenarkan pesalah menerima sebatan sekiranya melakukan jenayah seperti judi, zina, minum alkohol dan perkahwinan sejenis.

Pada pendapat anda, adakah hukuman ini patut diteruskan atau sebaliknya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca