Perkongsian Profesor Muhaya Tentang Tips Jodoh Untuk Wanita Ini Bikin Warganet ‘Naik Angin’

Pakar bedah mata, Datuk Profesor Dr. Muhaya Mohamad menerima kecaman hebat daripada orang ramai selepas mengupas topik tentang wanita yang lambat bertemu jodoh.

Menerusi video tular itu, Prof Muhaya menjelaskan bahawa seseorang wanita tidak seharusnya berusaha untuk menyaingi dan melebihi kaum lelaki.

“Kita wanita perlu menghargai lelaki dan kekuatan mereka sebagai seorang ketua. Walau macam mana pun seorang suami itu, dia tetap imam kita.

Kalau solat kita pangkat besar macam mana pun, jika dekat pejabat ada seorang CEO perempuan dan pekerja am, bila berimam, siapa yang berada di hadapan? Masih lelaki itu.

Sumber: Instagram @profmuhayaofficial

Jadi orang perempuan, walau macam mana pun diri anda, kita mesti meraikan apa yang Allah SWT beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki. Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki.

Nanti anda semua sibuk mahu melakukan apa-apa yang lelaki buat, testosterone pun meningkat. Bagi siapa yang belum berkahwin, lambatlah jodoh,” ujar beliau.

Selain itu, Prof Muhaya turut berkata kaum lelaki lebih ‘suka’ terhadap wanita yang lemah lembut dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada mereka.

“Siapa yang ada testosterone tinggi dan asyik nak drive, achieve serta berdikari, memanglah. Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen dan mengharapkan perlu ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu bolehlah. Kepada sesiapa yang lambat jodoh, tengoklah karakter anda macam mana,” tambahnya lagi.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet agak berang dengan kenyataan Prof Muhaya:

Dalam pada itu, video Profesor Muhaya ini turut mencari perhatian doktor Malaysia yang berpangkalan di London iaitu Dr. Amalina Che Bakri dan pakar penyakit berjangkit negara serta Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman:

Apa pendapat anda tentang kenyataan Profesor Muhaya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca