Sebelum ini, vaksin Pfizer adalah antara vaksin terawal yang disuntik kepada para petugas barisan hadapan di Malaysia.
Terbaharu, YB Khairy Jamaluddin muncul sebagai antara individu terawal di Malaysia untuk menerima dos vaksin yang berbeza iaitu Sinovac semalam.

Program vaksinasi yang dilaksanakan di Hospital Rembau itu secara tidak langsung mengesahkan penggunaan vaksin Sinovac secara rasmi di negara ini.
YB Khairy Jamaluddin turut tampil dengan video terbaharu berkongsikan tentang ‘kesan sampingan’ vaksin jenama berkenaan selepas disuntik.
大家好。 我刚打了Sinovac 疫苗。我想说,这是安全的。我感觉很好。中文也突然变好。无论是哪一种疫苗,都是安全的。让我们一起打败病毒。保护自己,保护大家! pic.twitter.com/WPKlvZDRFM
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 18, 2021
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, siapa sangka dalam menyampaikan nasihat diselitkan juga dengan unsur jenaka.
Beliau dilihat fasih berbahasa Mandarin dalam menyeru orang ramai untuk mendapatkan vaksin sekali gus mengesahkan vaksin keluaran China tersebut adalah selamat untuk digunakan.
Para warganet turut terhibur dengan kaedah saranan YB Khairy Jamaluddin itu.
Hahahahha nak tunggu sputnik la,
— Kaza (@itstheKaza) March 18, 2021
Boleh cakap rusia lepas ni
Omg this is funny but is his mandarin pronunciation correct ah?
— Deria (@derianya) March 18, 2021
Mantap side effect Sinovac ni. Auto mandarin speaker. Now everyone can get a job 🤩🤲🏻 https://t.co/HwA7OtuWnj
— (ง'̀-'́)ง (@AmirulHakimmmm) March 18, 2021
Untuk pengetahuan anda, vaksin Sinovac telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Darah (PBKD) pada 2 Mac lalu selepas melalui penilaian ketat Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Setakat ini, vaksin Sinovac telah dibuktikan selamat dan berkesan dalam mencegah penyakit COVID-19. Ia turut digunakan di 27 buah negara seperti China, Indonesia, UAE dan lain-lain.
Sekiranya anda diberi pilihan, vaksin yang manakah menjadi pilihan?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan dengan vaksin, anda boleh klik pada pautan di bawah: