Perkongsian Ini Mungkin Dapat Membantu Anda Untuk Tepis ‘Writer’s Block’

Ada sesetengah penulis memberikan hujah bahawa fenomena ‘Writer’s Block’ ini tidak benar. Bagi mereka, ‘Writer’s Block’ hanya dijadikan sebagai satu alasan untuk procrastinate daripada menyiapkan terus sebarang projek penulisan yang sedang berjalan.  Jadi, adakah ‘Writer’s Block’ ini benar-benar terjadi kepada para penulis? Atau ia hanya satu alasan kosong? Apa sebenarnya ‘Writer’s Block’?

‘Writer’s Block’ adalah satu fenomena psikologi yang melibatkan kehilangan keupayaan menulis untuk sementara waktu. Keadaan ini menyukarkan penulis untuk muncul dengan idea-idea baru dan hal ini menyebabkan mereka gagal untuk menghasilkan karya dalam jangka waktu yang lama, biasanya bertahun. Tidak kiralah sama ada anda menulis novel, berita isu semasa di akhbar harian, fiksyen peminat (fan fiction), artikel hiburan, sajak, lagu mahupun karangan kerja sekolah yang diberikan oleh guru – Writer’s Block’ do give us a hard time. Bayangkan sajalah, kerja menulis akan memakan masa yang lebih lama daripada jangka masa yang sepatutnya apabila anda menjadi buntu.

Foto: Tv Tropes

 

Tidak dinafikan menulis adalah satu keupayaan yang dimiliki oleh setiap orang. Tetapi menulis untuk kehidupan dan menjadikannya sebagai satu karier – bukan semua orang berupaya melakukannya. Bagi mereka ini  yang menjadikan satu pekerjaan, ‘Writer’s Block’ adalah sesuatu yang amat menyusahkan.

Foto: Democratic News Live

 

‘Writer’s Block’ biasanya berpunca daripada gangguan kepada mental dan emosi individu. Ada sesetengah gangguan yang berpunca daripada karya seseorang penulis itu sendiri. Minda penulis mungkin sudah ‘kering’ daripada sebarang inspirasi untuk menulis atau penulis terkesan daripada apa-apa kejadian/insiden yang berlaku di sekeliling mereka. Selain daripada itu, fenomena ini juga mungkin berpunca daripada kejadian atau insiden buruk yang memberi impak kepada kehidupan dan karier penulis – penyakit yang dialami, tekanan, putus cinta, masalah kewangan atau kerisauan terhadap kegagalan mula menguasai diri. Kadangkala fenomena ini juga terjadi apabila seseorang penulis itu berasa tergugat dengan kejayaan yang dikecapi oleh penulis-penulis lain.

 

Jadi, apakah yang patut dilakukan untuk mengatasi ‘Writer’s Block’? Berikut merupakan perkongsian yang diterima daripada beberapa orang penulis tanah air.

 

Perkongsian yang pertama adalah dari Ehsan El Bakri, penulis novel Psiko (banned) dan Infeksi. Kata beliau,

 

“Ok, first of all ask yourself what is the fun things/stuffs that appear in your mind? If you do have so, write it down. Don’t care how worst it is.

Secondly, read it and thirdly, have chats with your friends, ask them what is the best and worst experiences in their lives.

Finally, adds their experiences in your writing. You can change a bit so that it will fit the points.”

 

Perkongsian daripada penulis-penulis lain:

 

“Baca buku dan dengar muzik… kalau tak berkesan, tengok movie…” – Asmar Shah, penulis novel Bolot dan Sial.

 

“Dengar Vivaldi kemudian Mohram. Pastu main kamera. Pastu pergi travel.” – Fandy Taher, penulis novel Satu Gulung Negatif dan Tiga Titik.

 

“Buat benda lain selain menulis. Selalunya lepak, layan muzik, karaoke, drive.” – Faten Anur, penulis novel Di Antara Logik.

 

“Kalau tengah tulis sebuah cerita tu then block or mati idea, selalunya aku akan cari kawan dan duk bersembang. ‘brainstorming’.” – Penulis novel Sepuloh Nama, Kolonial Mimpi, Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus, Sahidzan Salleh.

 

“Baca buku.. tak pun komik.” – Zati Hanani, penulis novel Jiwa Kacau.

 

 

Penulis novel bestseller Awek Chuck Taylor, Nami Cob Nobbler, juga berkongsi tentang solusi beliau untuk mengatasi fenomena ‘Writer’s Block’ ini. Kata Nami,

 

 “Apabila saya writer’s block, perkara pertama ialah saya cuba kenal pasti writer’s block itu berkenaan idea cerita atau konsep.

Kalau konsep dah ada tapi idea takde, saya biasanya akan berjalan-jalan sekitar kota dan memerhatikan orang sekeliling, atau memerhatikan benda yang viral di media sosial, atau memerhatikan pop culture. Saya juga akan menonton filem atau mendengar lagu untuk mendapat idea atau konsep.

Kalau nak dapatkan maklumat tentang konsep, biasanya saya akan mula membaca dan mendapat gambaran awal dari pelbagai sumber.”

 

 

Jika anda seorang penulis dan menjadikan menulis sebagai satu passion, jangan berhenti berkarya dan teruskan menulis. Diharapkan perkongsian daripada penulis-penulis berbakat ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengatasi fenomena ‘Writer’s Block’ ini. Semoga Berjaya!

 

Rujukan dan Kredit Foto Paparan Utama: Grammarly

Artikel Lain Untuk Di Baca