Perkhidmatan LRT Tergendala Lagi, Ini Berikutan Dua ‘Traction Power Sub Station’ Bermasalah

Pada awal pagi tadi, akaun media sosial rasmi mengumumkan perkhidmatan tren Rapid KL yang tergendala. Hal ini memberi kesan kepada pengguna pengangkutan awam tersebut.

Rapid KL telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka mengalami gangguan sementara pagi ini ekoran masalah bekalan kuasa elektrik di dua ‘Traction Power Sub Station’ (TPSS) di Stesen Taman Jaya dan Stesen Universiti pada pagi ini.

“Bekalan kuasa terputus pada pukul 8.36 pagi sekali gus menyebabkan perkhidmatan tren mengarah ke Putra Heights di Stesen Taman Jaya terhenti sementara.

“Bekalan kuasa dapat dikembalikan pada pukul 8.48 pagi,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Rapid Rail, yang merupakan operator untuk perkhidmatan berkenaan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan berkenaan, siasatan awal menunjukkan bahawa insiden berlaku selepas pemutus litar ‘circuit breaker’ terputus. Hal ini sekali gus menyebabkan bekalan elektrik terputus dan tren kehilangan kuasa untuk bergerak.

Tambah Rapid KL lagi, pihaknya akan terus meningkatkan lagi kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan aset-aset miliknya untuk memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada para pelanggan.

Selain itu, Rapid KL juga memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggan khususnya mereka yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja semasa insiden tersebut berlaku.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca