Perkataan ‘Wordle’ Carian Paling Banyak Di Google Tahun Ini

Menutur laporan daripada saluran berita CNN, Google mendedahkan bahawa perkataan Wordle adalah yang paling dicari oleh pengguna enjin carian itu di internet pada tahun ini.

Sumber: OSXDaily

Wordle ialah permainan mencari perkataan yang sesuai untuk mengisi lima petak huruf. Penangan permainan ini juga telah mengalahkan banyak topik berita utama dunia seperti keputusan pilihan raya dan aktres Hollywood, mendiang Betty White, Queen Elizabeth dan Ukraine.

Wordle ialah permainan online popular yang memberikan pemain enam peluang untuk meneka perkataan daripada lima huruf pada setiap hari.

Orang ramai menganggup permainan ini merupakan satu tugas sukar sehingga mendorong mereka mencari petua untuk mendapatkan jawapannya.

Sumber: Spiel Times

Josh Wardle iaitu seorang jurutera perisian berpangkalan di Brooklyn dan pernah berkhidmat di laman perbincangan berita Reddit. Beliau bertanggungjawab mencipta permainan itu pada Oktober 2021.

Sumber: Bay939

Kemudiannya, Wordle menjadi satu fenomena budaya sehinggakan akhbar New York Times membeli Wordle pada Februari 2022 untuk meningkatkan perniagaan langganan permainannya dan menarik pelanggan baharu.

Pada Julai lalu, New York Times bekerjasama dengan konglomerat Hasbro untuk menjadikan Wordle sebagai satu permainan yang membolehkan saluran berita itu mengekalkan penonton sedia ada dan juga memperkenalkannya kepada semua khalayak baharu, kata Jonathan Knight iaitu Ketua Permainan akhbar tersebut sebelum ini kepada CNN.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca