Umum mengetahui bahawa akstres Priyanka Chopra telah melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi muda Nick Jonas. Namun, perkahwinan mereka mendapat kritikan daripada peminat di India yang mengatakan bahawa Priyanka seorang yang hipokrit.
Menurut netizen, Priyanka merupakan duta kepada kempen anti-pencemaran semasa Deepavali yang lalu. Oleh itu, kerana penglibatannya sebagai duta Priyanka telah menyampaikan mesej untuk menjaga alam sekitar.
Menurut kempen tersebut, dia menasihatkan agar masyarakat mengelakkan pencemaran udara dan bunyi dan menggesa orang ramai agar tidak bermain bunga api sepanjang perayaan tersebut.
Pesanan tersebut disampaikan demi kebaikan manusia, haiwan dan juga penghidap asma seperti dirinya.
Oleh itu, pertunjukan bunga api yang diadakan sempena majlis perkahwinannya mendapat tentangan yang hebat daripada sebilangan netizen di India.

Semoga Priyanka dan suami tabah menghadapi tohmahan yang dilemparkan. Apapun, tahniah diucapkan!