Perkahwinan Paling Menyentuh Emosi, Ini Kisah Sebenar Di Sebalik ‘Budak Sekolah’ Yang Berkahwin Dengan Wanita Dewasa

Pada minggu lepas, tular di media sosial apabila beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang budak bawah umur telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita dewasa. Kejadian ini dikatakan berlaku di Mexico.

Rata-rata warganet bertindak mengecam tindakan itu dan membuat spekulasi bahawa perkahwinan itu telah diatur dan merupakan kes pemerdagangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, perkara yang sebenarnya berlaku adalah jauh lebih tragik dan sama sekali tidak seperti apa yang diperkatakan warganet. Malah, kisah di sebalik perkahwinan itu sangat menyentuh emosi.

Baru-baru ini, media di Mexico melaporkan bahawa gambar yang tular itu susulan sambutan sempena majlis perkahwinan yang diadakan selama 2 hari di bandar Xaltianguis, Acapulco.

Pengantin lelaki yang dianggap budak bawah umur kerana fizikalnya yang kelihatan seperti murid sekolah rendah itu sebenarnya seorang jejaka berusia 19 tahun.

Pemuda berkeaan yang dikenali sebagai Jonathan itu kelihatan sedemikian kerana dia mengalami gangguan saraf yang membantutkan tumbesarannya sekali gus menjadikannya tampak jauh lebih muda berbanding usianya yang sebenar.

Walaupun penyakit yang dihidapinya itu dianggap sebagai satu kekurangan, dia masih dapat bertemu jodohnya.

Jonathan membina rumah tangga bersama tunang kesayangannya pada minggu lalu, disaksikan oleh para keluarga dan rakan-rakan.

Artikel Lain Untuk Di Baca