Perkahwinan Dibatalkan Tekad Wanita Ini, Bakal Suami Tidak Tahu Sifir 2

Perkahwinan Dibatalkan Tekad Wanita Ini, Bakal Suami Tidak Tahu Sifir 2

Setiap orang mempunyai kriteria yang sendiri dalam memilih pasangan hidup masing-masing. Salah satu daripada asas untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik ialah apabila seseorang individu itu sangat mementingkan mengenai tahap pendidikan bakal pasangannya, selain ‘menurunkan’ tahap kepandaian kepada anak-anak kelak.

Jika tidak mendapat ciri-ciri seperti apa yang diimpikan di atas, anda mungkin tidak mempercayainya bahawa ada yang sanggup untuk tidak berkahwin.

Perkahwinan Dibatalkan Tekad Wanita Ini, Bakal Suami Tidak Tahu Sifir 2
Gambar hiasan
Sumber: NRIWAY

Baru-baru ini, di India telah membuktikan bahawa situasi tersebut benar-benar berlaku apabila bakal suami gagal menjawab soalan matematik yang sangat mudah menyebabkan pengantin perempuan membatalkan perkahwinan serta-merta.

Dilaporkan daripada Tribune India, dipercayai pengantin perempuan mencurigai dengan kelayakan pendidikan pengantin lelaki lalu ‘ujian matematik’ dilakukan terhadapnya.

Kemudian, dia meminta pengantin lelaki untuk membacakan sifir 2 namun gagal dilakukan. Berang dengan keadaan itu, pengantin perempuan terus membatalkan perkahwinan itu serta-merta.

Vinod Kumar merupakan Panwari Station House Officer berkata, perkahwinan itu telah diatur dan pengantin lelaki berasal dari kampung Dhawar, daerah Mahoba.

Pengantin perempuan mengatakan bahawa dia tidak boleh berkahwin dengan orang yang tidak mengetahui asas-asas matematik. Pernyataan pengantin peremmpuan sudah tentu menyebabkan keadaan majlis huru-hara kerana dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak pengantin.

Dikatakan, bahawa rakan dan saudara pengantin perempuan berusaha untuk meyakinkannya serta memujuknya bagi menarik balik keputusan yang dibuat namun, gagal.

“Kami tidak diberitahu mengenai tahap pendidikannya oleh pihak keluarga pengantin lelaki. Bahkan juga, mungkin sahaja dia tidak pergi sekolah. Mereka telah menipu kami,” kata sepupu penganti perempuan.

Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk membuat perjanjian dengan mengembalikan hadiah hantaran dan juga barang kemas. Namun begitu, kejadian tersebut tidak menjadi kes polis.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca