Perjuangkan Hak Nyamuk Untuk Hisap Darah Manusia, Aktivis Ini Larang Orang Ramai Bunuh Serangga Itu

Salah satu benda yang paling dibenci oleh individu di muka bumi ini adalah gigitan nyamuk. Sudahlah gatal, ia juga akan meninggalkan kesan parut sekiranya kita menggaru dengan kuat.

Dengar sahaja ‘melodi’ haiwan itu berterbangan di sebelah telinga sudah cukup untuk buat kita stres.

Dalam keadaan seperti ini, selain kedua-dua belah tapak tangan, Ridsect sering menjadi penyelamat. Maka, tamatlah riwayat seekor nyamuk.

Namun begitu, lain pula kisahnya di Perancis apabila seorang aktivis haiwan di sana menuntut agar nyamuk tidak dibunuh. Tidak cukup dengan itu, Aymeric Caron juga menyeru agar orang ramai membenarkan nyamuk-nyamuk kelaparan itu menghisap darah mereka.

Caron yang juga merupakan penyampai televisyen Perancis itu berpendapat bahawa nyamuk perlu menghisap darah manusia bagi memberi anak-anak di dalam perut mereka makan. Oleh sebab itu, dia melarang orang ramai menamatkan riwayat nyamuk.

Ujar Caron, sebagai pencinta haiwan, kita sepatutnya membenarkan serangga tersebut berbuat demikian melainkan mereka yang tinggal di Afrika memandangkan mereka berisiko untuk menghidap penyakit malaria daripada gigitan nyamuk.

Lelaki berusia 47 tahun itu beranggapan bahawa semua spesis di muka bumi ini berhak mendapat layanan yang sama termasuklah seekor nyamuk.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca