Vince Focarelli, bekas ketua gengster ini pernah bergelumang dengan dunia jenayah dan begitu berpengaruh di selatan Australia.
View this post on InstagramA post shared by Vince Focarelli (@vince_ines_focarelli) on
Suatu ketika dahulu, lelaki sasa kelahiran Itali ini telah memilih jalan kehidupan yang kelam dengan menganggotai Comanchero, geng motor paling terkenal di negara kanggaru itu. Dia diangkat sebagai ketua kumpulan oleh anak-anak buahnya.
Memeluk Islam
Pada awalnya, Vince dilahirkan dalam sebuah keluarga penganut agama Kristian (Katolik). Dia mendapat hidayah sewaktu selalu meluangkan masa bersama ahli-ahli kumpulannya yang mana sebahagian mereka beragama Islam.
Banyak persoalan bermain di fikirannya dan akhirnya dia memilih untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.
Vince turut menghadapi banyak masalah dan mempunyai ramai musuh. Kumpulan-kumpulan gengster lain cuba membunuhnya termasuk cubaan mengebomnya namun lelaki itu tetap terselamat meskipun enam kali dia hampir terbunuh.
Salah satu kejadian tembak menembak itu telah mengorbankan anak lelakinya, Giovanni.
Kemudian Vince menghabiskan masa dalam penjara selama 14 bulan kerana kes dadah dan pemilikan senjata api secara haram.
Al-Quran yang menjadi peneman setia ketika dia sedang bersendirian di dalam sel tahanan tersebut. Dia membaca sampai khatam walaupun belum faham isi kandungannya.
Dengan kuasa Allah, seorang warden datang ke selnya sejurus dia mengkhatamkan bacaan Al-Quran dan memberitahu bahawa dirinya telah bebas.
Setelah dibebaskan dari penjara, perkara pertama yang dilakukannya adalah pergi solat di masjid. Seterusnya, dia ‘cuci tangan’ atau bertaubat dengan meninggalkan kumpulannya bersama segala kegiatan masa lampau.
Memulakan hidup baru
Vince mendapat kehidupannya semula dengan kembali ke pangkal jalan.
Dia memulakan kehidupan baharu dengan membuka sebuah restoran halal di Australia yang turut menyediakan makanan dan sumbangan kepada golongan gelandangan di samping amal jariah lain terutama ketika Ramadan.
Namun begitu, Vince menerima arahan diusir keluar dari Australia dan perlu pulang ke negara asalnya di Itali yang mana kali terakhir dia berada di negara itu ketika berusia 12 tahun.
Akhirnya lelaki itu meninggalkan Australia dan berhijrah ke Malaysia. Dia menikmati kehidupan sebagai orang yang bebas dan gembira kerana diterima baik oleh warga tempatan.
Dia turut dijemput untuk berkongsi perjalanan hidupnya menuju Islam kepada orang ramai.
View this post on InstagramA post shared by Vince Focarelli (@vince_ines_focarelli) on
Kisah Vince Focarelli ini memberi pengajaran kepada kita tentang bagaimana Islam mampu merubah seseorang ke arah yang lebih baik dan hidayah itu hanya milik Allah.