Periuk Belanga Kotor Bersepah Di Laman, Warganet Jijik Dengan Sikap Peniaga Makanan Ini

Baru-baru ini, terdapat sebuah hantaran di Twitter yang membuat ramai warganet rasa jijik dan geli selepas melihat periuk belanga dan ‘Tupperware’ yang kotor bersepah di depan sebuah rumah.

Mengikut Alice Azuria, pengguna yang membuat tweet tersebut, dia menceritakan situasi ketika joging di area perumahannya dan terjumpa sebuah rumah dengan kawasan laman yang begitu bersepah.

Dari apa yang boleh dilihat dari gambar tersebut, bekas makanan periuk belanga dan barangan lain berterabur di kawasan laman rumah itu kelihatan seiras dengan kawasan pembuangan sampah.

Yang lebih mengejutkan adalah apabila Alice kongsikan bahawa jirannya tersebut merupakan seorang peniaga gerai makanan.

Selepas mengetahui info tersebut, ramai netizen mempersoalkan tentang kebersihan peniaga misteri ini.

Namun, Alice tidak mahu mendedahkan lokasi rumah dan juga identiti penuh jiran itu kerana tidak mahu mengaibkan tuan rumah dan jelaskan sebab dia membuat hantaran media sosial tersebut adalah untuk mengetahui tentang isu kebersihan rumah itu yang sudah berlarutan dalam tempoh yang agak lama.

Reaksi warganet selepas membaca tweet itu rata-rata rasa mual melihat keadaan rumah tersebut malah ada yang mendakwa ramai pengusaha makanan yang tidak ambil berat tentang kebersihan.

Sumber: Twitter @1sthisAlice
Sumber: Twitter @1sthisAlice
Sumber: Twitter @1sthisAlice

Selang beberapa hari, Alice kongsikan lagi di Twitter apabila seorang individu beritahu bahawa peniaga itu sudahpun mengemas halaman rumahnya selepas ditegur oleh penduduk kawasan rumah tersebut.

Beberapa individu mencadangkan agar Alice membuat laporan terhadap pihak berkuasa tempatan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap peniaga tersebut.

Menurut kepada jawapan-jawapan Alice kepada beberapa tweet orang lain, dia tidak akan buat laporan polis terutamanya selepas mengetahui yang peniaga tersebut telah membersihkan periuk belanga dan tupperware-tupperware kotor tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca