Semalam mula kecoh di Twitter apabila seorang pengguna bank CIMB telah mendapati wang di dalam akaunnya ditolak dengan jumlah yang besar. Namun, apa yang membuatkan individu itu lebih panik apabila tiada sebarang penjelasan ke mana wang itu disalurkan kerana ia hanya tertulis Direct Debit.
Melalui ciapan tersebut, individu tersebut berang apabila wangnya ditolak tanpa sebab. Ini membuatkan pengguna lain mula memeriksa akaun CIMB mereka sendiri.
lancau lu la sotong @CIMB_Assists @CIMBMalaysia pic.twitter.com/TUeJfTj56c
— zikri (@zikrisbrddn) April 3, 2020
Lebih mengejutkan, apabila ramai mendapati mereka juga menerima nasib yang sama apabila wang ditolak secara tiba-tiba tanpa sebarang pemberitahuan daripada pihak bank tersebut.
Holy shit this tweet and it’s replies. Ramai gila kena.
— Khabir (@KhabirM) April 3, 2020
What the fuck is going on @CIMB_Assists @CIMBMalaysia? You guys owe your customers clear clarifications! https://t.co/Gixejr2TQv
Bangun-bangun tengok CIMB is trending with scam issues. Then I immediately check my CIMB bank account! Me also got scam!!!!!!!!!!!!!!!!! @CIMB_Assists please do something this is not a small amount of money. pic.twitter.com/CqRQnhxqr5
— Ahmad Syazwan Shah (@Syazwan_Shah) April 3, 2020
@CIMB_Assists @CIMBMalaysia Guys this happened today. Checked my bank balance and found out that there were a few suspicious transactions happened over the past three consecutive days and found out it came from this “direct debit” description.
— 🇲🇾 Joe 🗣 “STAY AT HOME!” (@meisjoseph) April 3, 2020
CIMB kindly respond ASAP. TQ. pic.twitter.com/fTgPfy9A4D
Rata-rata warganet meminta pihak CIMB untuk memberikan penjelasan kepada mereka. Pihak bank itu kemudian telah memuat naik ciapan yang menjelaskan kenapa wang mereka telah ditolak.
Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Insiden-insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi-transaksi tidak (1/3)
— CIMB Assists (@CIMB_Assists) April 4, 2020
Melalui ciapan tersebut, pihak CIMB berkata ini merupakan transaksi kad debit yang sah.
Ia juga turut melibatkan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan sewaktu membuat langganan dalam talian yang melibatkan luar negara seperti Netlix atau Spotify.
Namun, penjelasan pihak CIMB sebaliknya membuat warganet lebih berang kerana mereka rasakan jumlah yang ditolak itu tidak sama seperti jumlah yang mereka gunakan untuk membayar. Malah, ada juga di antara mereka yang langsung tidak melakukan sebarang langganan terhadap mana-mana aplikasi berbayar menggunakan bank tersebut.
No, I refuse to accept this excuse.
— Zafirah Affendi (@zaffyaffendi) April 4, 2020
Most of my online subscriptions are not paid via CIMB. I live abroad and I do not use CIMB for any other transactions when I’m not in Msia.
Yet an unknown ‘direct debit’ charge appeared in my acc.
How do you explain that @CIMB_Assists? https://t.co/tK5VfHV7T4




Ada juga warganet yang membuat andaian ini berpunca daripada aplikasi Zoom dan Houseparty yang sedang hangat dibicarakan kerana isu data digodam dan tidak selamat jika individu tersebut memuat turun di telefon bimbit dan komputer.
Hal ini kerana terdapat beberapa isu akaun telah digodam sejurus sahaja mereka memuat turun aplikasi itu.
Today’s hot new ; ZOOM & CIMB. If any of you just installed ZOOM, better check your CIMB clicks either ada deduction on direct debit or not. If not, good for you but better transfer to other acc first.
— Emiliána Adam (@emilianaadam) April 4, 2020
So CIMB customers…..uninstall your Zoom and Houseparty?
— 𝘚𝘺𝘢𝘻𝘸𝘪𝘯𝘦 (@syvzwvn) April 4, 2020
Berapa ramai yang menggunakan perisian Zoom untuk bermesyuarat atau perbincangan secara dalam talian?
— Xavier Naxa #DudukRumah (@XavierNaxa) April 1, 2020
Satu laporan dari Penggodam Patrick Wardle dari Ex-NSA, telah menemui keretakan pada MacOS yang membolehkan Penggodam mengakses mikrofon, kamera dan akses penting. pic.twitter.com/t8eKeCev8G

Namun, perkara ini masih lagi belum dapat diselesaikan dan rata-rata warganet menunggu pihak CIMB untuk memberikan penjelasan yang lebih menyeluruh kepada mereka dan membantu mendapatkan semula wang yang telah ditolak.
Diharapkan pihak CIMB dapat menyelesaikan hal ini dengan pantas kerana ia melibatkan wang yang banyak daripada rakyat Malaysia.
Untuk membaca artikel lain berkenaan isu digodam, anda boleh klik pada pautan di bawah: