Perhilitan Johor Selamatkan Seekor Tapir Jantan Yang Tidak Jumpa Jalan Pulang

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Seekor tapir jantan dewasa yang tersesat dan berkeliaran di sebuah kilang di Jementah dekat Segamat, Johor berjaya diselamatkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor. Kejadian ini dilaporkan berlaku pada petang semalam.

Pengarah Perhilitan Johor iaitu Salman Saaban mengatakan bahawa pihaknya menerima aduan tentang mamalia berkenaan sekitar pukul 3.45 petang. Sepasukan kakitangan Perhilitan dan Pasukan Operasi Bersepadu Khazanah Zon Selatan kemudiannya bergegas ke lokasi yang terletak berdekatan dengan sebuah ladang kelapa sawit, berhampiran Hutan Simpan Jementah dan kira-kira 15 kilometer dari bandar Segamat.

“Operasi tangkapan tapir dijalankan bermula pada pukul 5.15 petang pada hari yang sama. Selepas itu, tapir jantan itu dilepaskan ke Taman Negara Endau Rompin dan operasinya selesai sekitar pukul 3.30 awal pagi melibatkan kekuatan seramai 12 anggota,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kata Salman, operasi menyelamat tapir itu sekali gus membuatkan risiko haiwan berkenaan menjadi mangsa kemalangan jalan raya serta pemburu haram dapat dikurangkan.

“Pada masa yang sama, Perhilitan akan terus menjalankan usaha-usaha menyelamat hidupan liar di negara ini selaku barisan hadapan dalam pemuliharaan hidupan liar,” katanya lagi.

Sebelum ini, kami ada kongsikan artikel berkenaan haiwan yang sesat di beberapa tempat. Untuk baca artikel tersebut, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca