Perginya Seorang Bintang ‘Harry Potter’ Dan ‘Peaky Blinders’, Helen McCrory Tewas Melawan Kanser

Pelakon wanita British yang terkenal dengan lakonannya dalam filem ‘Harry Potter’ dan drama ‘Peaky Blinders’ ini disahkan meninggal dunia akibat kanser kelmarin pada umur 52 tahun oleh suaminya, Damian Lewis.

Damian menyatakan dalam tweetnya bahawa isterinya itu telah pergi dengan tenang di rumah bersama keluarga tersayang setelah bertarung nyawa melawan kanser.

Lahir di Paddington, London pada tahun 1968, anak keturunan Wales dan Scotland ini adalah merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik.

Helen menamatkan persekolahannya di tenggara England dan kemudian tinggal di Itali selama setahun sebelum menyambung pelajaran di Drama Centre, London.

Berikutan sejarah kariernya yang panjang, Helen telah memegang pelbagai jenis watak tidak kira di dalam skrin mahupun di atas pentas.  

Pelakon London ini terkenal dengan watak-watak jahat dan misteri seperti dalam ‘Harry Potter’ sebagai Narcissa Malfoy dan juga drama jenayah BBC ‘Peaky Blinders’ sebagai Polly Gray.

Sumber: BBC

Di dalam drama ‘The Queen’ dan ‘Roadkill’, Helen telah berlakon sebagai isteri Perdana Menteri dan juga sebagai seorang Perdana Menteri.

Oleh itu, beliau tidak lagi asing dengan watak yang berunsur politik seperti dalam drama ‘The Special Relationship’ dan juga ‘The Crown’.

Malah, Helen juga seorang pelakon theater berbakat dengan memegang watak yang mempunyai personaliti yang kuat sebagai Lady Macbeth.

Suaminya, Damian yang juga seorang pelakon berkata dalam tweet yang sama bahawa isterinya itu telah pergi sebagaimana dia hidup iaitu tanpa rasa gentar.

Dikurniakan dengan dua cahayamata, Helen pernah berkata dalam majalah Vogue tahun 2013 bahawa merekalah penyumbang besar terhadap kerjayanya.

“Tawaran yang diberi haruslah yang terbaik jika mahu pujuk saya berjauhan daripada mereka,” Ujarnya kepada penerbitan itu.

“Mungkin sebab itulah projek yang saya terima selepas kelahiran mereka adalah projek-projek yang menarik sahaja.”

Sumber: VOGUE

Matt Lucas yang juga seorang Pelakon telah memberi kata-kata perghormatan terhadap Helen McCrory melalui Twitter.

Pemergiannya merupakan satu kehilanan besar di dalam dunia seni ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca