Pergi Ke Pasar Raya, 6 Sekeluarga Didenda RM6,000 Kerana Ingkar PKP

Gara-gara pergi ke pasar raya, enam sekeluarga dikenakan kompaun atau denda sebanyak RM6,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Sabak Bernama iaitu Superitendan Agus Salim Mohd Alias berkata, keluarga terbabit yang berusia dari 19 hingga 48 tahun ditahan pada jam 12.45 tengah hari Sabtu lalu. 

“Kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan adalah melanggar arahan PKP, masuk ke dalam pasar raya secara berkumpulan dan tidak mengamalkan penjarakan sosial. 

“Kesemua dikompaun mengikut Peraturan 11, Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020,” tegasnya. 

Supt. Agus berkata, pesalah diberikan tempoh dua minggu untuk membayar denda masing-masing. 

Beliau turut meminta untuk orang ramai mematuhi perintah PKP dan menegaskan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang masih ingkar dengan arahan PKP bagi membendung penularan wabak Covid-19. 

Diharapkan semua tidak ingkar terhadap pelakasaan PKP. Jika anda ingkar, perbuatan itu akan memberi kesan kepada semua pihak dan pihak berkuasa tidak akan berkompromi untuk mengenakan hukuman atau denda.

Untuk baca artikel lain berkenaan ingkar PKP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca