Perempuan Ini Maut Akibat Dihempap Seorang Lelaki Yang Terjun Bunuh Diri

Seorang lelaki dilihat tergantung dari pagar di atas garaj parkir sembilan tingkat beberapa saat sebelum dia terjun dan membunuh Taylor Kahle.

Taylor yang berusia 29 tahun tiu dikatakan keluar makan malam bersama pasangannya dan berjalan pulang di 10th Avenue dan J Street apabila seorang lelaki melompat dari sebuah bangunan dan jatuh ke atas Taylor lalu membunuhnya.

Dalam kejadian yang berlaku di San Diego itu, lelaki tersebut disahkan meninggal di hospital tempatan dalam masa sejam manakala Taylor maut di tempat kejadian.

Taylor Kahle
Taylor Kahle (tengah) bersama rakan baiknya (Sumber: ati)

Taylor Kahle memulakan kerjayanya pada 2012 dan menghabiskan lapan tahun terakhir hidupnya dengan menaiki pangkat. Majikannya dilaporkan berada dalam keadaan hiba atas pemergiannya.

“Saya hanya ingin orang ramai tahu bahawa dia adalah seorang yang luar biasa,” kata majikannyanya, Laurel McFarlane. “Tragedi ini tidak melambangkan kisah hidupnya.”

“Dia baru berusia 20-an, tetapi saya sangat teruja untuk melihat apa yang mampu dicapai dalam dekad kehidupan berikutnya.” Pemergian Taylor ditangisi dan dikesali ramai pihak.

Orang yang pernah mengenalinya ketika zaman belajar turut berkongsi rasa terkejut dan menceritakan kebaikan yang dilakukan mangsa.

Artikel-artikel berkaitan untuk dibaca:

Artikel Lain Untuk Di Baca