Permukaan dahi luas dan lebar sering disebut sebagai dahi ‘padang golf’ ataupun ‘padang bola’. Panggilan-panggilan ini menjadi satu sindiran kepada pemilik dahi luas. Hal ini menyebabkan seseorang perempuan berasa rendah diri dan kurang mahu bergaul dengan orang di sekeliling mereka.

Namun begitu, ada kajian yang mengatakan bahawa perempuan yang memiliki dahi luas dan lebar merupakan seorang yang cerdik. Hal ini demikian kerana dengan tulang tengkorak yang relatif lebih besar mampu memiliki perkembangan otak yang baik dan cerdas berbanding mereka yang berdahi sempit.

Terdapat juga ciri-ciri lain yang dimiliki oleh perempuan yang memiliki dahi luas iaitu mereka ini lebih suka membuat hal sendiri sahaja. Mereka juga tidak menyukai persekitaran yang bising dan sukakan kedamaian .

Walaupun mereka seorang yang pendiam, ini bukan bermakna mereka tidak suka berkawan. Sebenarnya, mereka tidak suka memulakan bicara terlebih dahulu. Jadi, anda yang harus memulakan perbualan terlebih dahulu.

Perempuan yang memiliki dahi luas juga dikatakan seorang yang sombong kerana tidak pandai bergaul, tetapi jika anda sudah mengenali mereka, anda akan rasa seronok dan suka untuk mendampingi mereka.

Jadi, bagi mereka yang berdahi luas itu, jangan rasakan ia sebagai satu kekurangan tetapi lihatlah ia sebagai satu kelebihan.

Penulis

  • Nurul Nazihah Abdullah adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Bukanaku