Hampir enam bulan mendirikan rumah tangga, pereka fesyen jenama terkenal Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin berkongsi berita gembira di laman sosial Instagram apabila bidadarinya, Nurida Suraya sedang berbadan dua dan kini sudah berusia empat bulan.
View this post on InstagramA post shared by rizman nordin (@rizman.n) on
Rizman menzahirkan rasa syukur dan menganggap kehamilan cahaya mata sulung mereka itu merupakan anugerah yang paling berharga serta ia merupakan amanat daripada Allah.
Ucapan terima kasih turut didedikasikan kepada isterinya itu dan berharap agar segalanya dipermudahkan.

Sehubungan dengan itu, rata-rata sahabat handai serta pengikut Rizman di Instagram mengucapkan tahniah di atas kehamilan Nurida. Mereka turut sama mendoakan agar kandungan isteri pereka fesyen terkenal itu sihat dan dipermudahkan.
Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: