Pereka Fesyen Di Jepun Ini Hasilkan Rekaan Beg Pemegang Bubble Tea

Pereka fesyen terkenal dari Jepun iaitu Daisuke sangat terkenal dengan gayanya yang gemar mengubah barangan jenama terkenal menjadi rekaan yang unik dan menarik.

Baru-baru ini, Daisuke tampil dengan rekaan pemegang minuman bubble tea dengan menggunakan fabrik daripada jenama terkenal dunia seperti Louis Vuitton dan Christian Dior.

Perkongsian Daisuke di Instagram miliknya tentang hasil seni baharunya itu mula mendapat perhatian penggemar fesyen yang ingin memilikinya.

Rekaan yang ditampilkannya sangat ringkas yang mana beg tersebut hanya memiliki dua lubang tempat meletakkan bekas minuman dan kelihatan cukup bergaya walaupun untuk bekas air bubble tea.

Sementara itu, Daisuke dalam temu bual menyatakan bahawa dia mula mengitar semula bahan-bahan daripada barangan jenama terkenal sejak tahun lalu dan menjadikannya unik.

“Bayangkan beg seperti Louis Vuitton atau Chanel yang sudah tidak digunakan sayang jika dibuang begitu sahaja. Fabrik digunakan sangat bermutu tinggi.

“Jadi saya ingin beri nafas baru kepada barang terbuang ini agar ia dapat digunakan dengan penuh gaya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai rekaan terbaharunya, Daisuke memberitahu selain ia kelihatan mewah, rekaannya juga dapat menyelamatkan bumi daripada penggunaan bahan plastik.

Walau bagaimanapun, Daisuke memberitahu bahawa koleksi yang dihasilkan itu bukan untuk jualan tetapi hanya untuk simpanan peribadi.

Untuk baca artikel lain berkaitan fesyen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca