Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ikrar Ketatkan Undang-Undang Senjata Api

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden berikrar untuk mengetatkan undang-undang senjata api di negara berkenaan sebagai langkah keselamatan berikutan tragedi serangan pengganas di Christchurch yang mengorbankan 50 orang Islam pada Jumaat lalu.

Di New Zealand, undang-undang senjata api masih baru dan tidak seketat seperti negara Australia di mana kawalan ketat penggunaan senjata api telah lama dilaksanakan selepas berlakunya tragedi yang sama pada tahun 1996. Pembunuhan beramai-ramai tersebut berlaku di Port Arthur dan melibatkan 35 orang terbunuh dan 23 orang cedera.

Menurut Arden, senjata yang dimiliki oleh Brenton Tarrant telah diubah suai menjadikannya lebih berbahaya dan beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengharamkan penggunaan senjata api separa automatik. Sebarang aktiviti di media sosial atau sebarang reaksi susulan kejadian sedang giat dipantau oleh pasukan penguatkuasa.

Menurut Ketua Persatuan Polis New Zealand, Chris Cahill, cubaan untuk mengetatkan kawalan senjata api sebelum ini gagal dilaksanakan kerana mendapat bantahan keras daripada pembangkang.

“Saya percaya ramai rakyat New Zealand berasa takut apabila mendapat tahu bahawa ada individu di negara ini memiliki senjata seperti yang digunakan dalam tragedi Christchurch,” katanya dalam sidang media.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca