Perdana Menteri Malaysia Jalani Kuarantin Selama 14 Hari

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata perkara ini terjadi selepas salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.

“YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.” dalam kenyataan itu.

Sejurus itu, Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif

“Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15 (1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” memetik kenyataan itu.

Selain daripada Muhyiddin, semua ahli mesyuarat yang berkenaan juga telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa setiap mesyuarat yang dijalankan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan melakukan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Susulan itu, Perdana Menteri akan bertugas dari rumah sepanjang tempoh kuarantin.

Untuk membaca artikel berkaitan Perdana Menteri Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca