Perdana Menteri Kelapan Mungkin Ditentukan Dewan Rakyat Bulan Hadapan

Perdana Menteri interim Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata jawatan perdana menteri kelapan mungkin ditentukan pada sidang Dewan Rakyat bulan hadapan.

Hal itu dikatakan berlaku kerana tiada majoriti jelas untuk menubuhkan kerajaan baru.

“Semua ahli Parlimen sudah ditanya dan akuan berkanun sudah dibuat tetapi Agong tidak pasti. Oleh itu, baginda mahu mereka nyatakan sekali lagi.”

“Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana pihak yang mempunyai majoriti jelas,” jelas Perdana Menteri itu lagi selepas mengumumkan pakej ransangan ekonomi di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Sementara itu, menurut laman sosial Twitter BERNAMA, terdapat kemungkinan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kemelut politik Malaysian, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca