Perdana Menteri Doa Mohon Perlindungan Buat Rakyat Sebak

Semalam, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan menerusi siaran langsung pengunguman khas. Mengakhiri siaran langsung tersebut Perdana Menteri membacakan doa buat rakyat dan telah menyebabkan ramai yang sebak.

Beliau berdoa memohon agar Allah SWT memberi kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti COVID-19 dan turut memuji kekuasaan Allah SWT kepada hambaNya.

Orang ramai yang mengikuti siaran langsung perutusan khas itu meluahkan rasa sebak mereka menerusi laman sosial masing-masing. Bacaan doa oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memohon perlindungan negara dari wabak Covid-19 itu kini menjadi tular di segenap sosial media.

Selain itu menurut laman Twitter KKM Putrajaya, negara kita telah mencatatkan 23 kematian setakat jam 5 petang hari ini.

Semoga Tuhan melindungi kita semua dari wabak yang membawa maut ini.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca