Jika berkunjung ke Melaka dan sedang mencari tempat penginapan luas, bersih serta selesa yang boleh memuatkan empat orang tetamu pada satu-satu masa, studio apartment di Bayou Lagoon Park Resort ini adalah pilihan paling tepat untuk anda.
Lokasi tempat penginapan di Melaka ini sangat strategik kerana ia terletak 15 minit dari Jonker Walk sekali gus membolehkan anda melawat Kota Warisan Melaka bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan.
Sekiranya mempunyai perancangan untuk mengadakan hari keluarga dalam masa terdekat, anda boleh bawa anak-anak makan angin di sini kerana ia terletak berdekatan dengan tempat tumpuan pelancong seperti Mini Malaysia, Tasik Ayer Keroh, Zoo Melaka dan Taman Buaya.
Dengan harga serendah RM160 untuk 2 hari 1 malam, studio apartment di Bayou Lagoon Park Resort ini turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada para penginap seperti taman tema air, arked permainan dan gimnasium.

Kemudahan-kemudahan yang ditawarkan untuk para penginap

Dengan saiz studio apartment yang luas, sesiapa sahaja pasti akan tersenyum lebar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik ini.
Pertama sekali, anda akan melihat katil king dan single yang empuk dan selesa.


Studio apartment di Melaka yang nyaman dan selesa ini turut dilengkapi meja makan, penyaman udara, katil sofa dan televisyen di ruang tamu untuk keselesaan percutian empat sekawan atau keluarga kecil anda sepanjang menginap di sini.




Anda boleh menikmati percutian bersama keluarga kecil ataupun rakan-rakan jika menginap di Airbnb berdekatan dengan Taman Buaya, Zoo Melaka dan MITC Ayer Keroh ini.
Waktu operasi kolam renang dan taman tema air

Apa erti percutian bagi kanak-kanak jika ia tidak melibatkan keseronokan di taman tema air? Debaran gelongsor yang curam dan ketenangan kolam renang memberi penangan yang hebat kepada para pengunjung taman tema air.
Para penginap di studio apartment berdekatan Jonker Street Melaka ini juga akan dapat kemudahan lain seperti tempat letak kenderaan yang mudah dan percuma serta kolam renang.
Kolam renang ini beroperasi dari 9 pagi sehingga 6 petang pada setiap hari kecuali Selasa.
Jika menginap di Airbnb berdekatan dengan Jonker Street ini, anda akan dapat dua tiket percuma untuk akses ke taman tema air.
Sekiranya anda mahu pergi ke taman tema air, ia beroperasi dari 9 pagi sehingga 7 malam untuk hari Jumaat.

Sama seperti kolam renang, Bayou Lagoon Water Park beroperasi setiap hari kecuali Selasa.
Taman tema air ini dibuka dari 8 pagi sehingga 7 malam untuk Sabtu, Ahad, cuti umum Melaka dan Malaysia serta cuti sekolah.
Buat anda yang mahukan ketenangan dan mahu lari daripada hiruk pikuk bandar, anda boleh menikmati percutian di tempat penginapan yang mesra keluarga dan mempunyai kemudahan seperti taman permainan dan taman air dengan harga serendah RM160 untuk satu malam.
Tempahan bilik boleh dibuat melalui Airbnb berdekatan Jonker Street Melaka di pautan ini.
Anda boleh tonton video di bawah jika merancang untuk bercuti di Melaka.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: