Percutian Keluarga Di Taman Tema Air, Studio Apartment Di Melaka Ini Tawar Harga Serendah RM89

Sekiranya berkunjung ke Melaka dan mencari tempat penginapan untuk seisi keluarga, Bayou Lagoon Park Resort adalah pilihan paling tepat buat anda.

Lokasi tempat penginapan ini sangat strategik memandangkan ia terletak 15 minit dari Jonker Walk. Ini sekali gus membolehkan anda untuk melawati Kota Warisan Melaka bersama ahli keluarga pada masa yang sama.

Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk mengadakan hari keluarga dalam masa terdekat, anda boleh bawa anak-anak makan angin di sini kerana ia terletak berdekatan tempat tumpuan pelancong seperti Mini Malaysia, Tasik Ayer Keroh, Zoo Melaka dan Taman Buaya.

Dengan harga serendah RM89 untuk 2 hari 1 malam, Bayou Lagoon Park Resort turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada para penginap seperti arked permainan, gimnasium dan taman tema air.

Arked permainan

Dengan saiz studio apartment yang luas iaitu 538 kaki persegi, sesiapa sahaja pasti akan tersenyum lebar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik ini.

Pertama sekali, anda akan melihat katil dan televisyen.

Ruang tamu

Di samping itu, terdapat juga kemudahan lain seperti tempat letak kenderaan yang mudah dan percuma serta kolam renang untuk para penginap di Bayou Lagoon Park Resort.

Waktu operasi kolam renang adalah dari 9 pagi sehingga 6 petang pada setiap hari kecuali Selasa.

Kolam renang

Sekiranya anda mahu pergi ke taman tema air, ia beroperasi dari 9 pagi sehingga 7 malam untuk hari Jumaat. Taman tema air ini dibuka dari 8 pagi sehingga 7 malam untuk Sabtu, Ahad, cuti umum Melaka dan Malaysia serta cuti sekolah.

Waktu operasi taman tema air yang disebutkan di atas adalah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Taman tema Bayou Lagoon Park Resort
Taman tema

Sekiranya anda sedang mencari tempat penginapan yang mesra keluarga dan mempunyai kemudahan seperti taman permainan serta taman air, Bayou Lagoon Park Resort adalah pilihan terbaik.

Tempahan bilik boleh dibuat melalui Airbnb di pautan ini.

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan lokasi menarik di Melaka, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca