Percutian Bertukar Menjadi Tragedi, Ini Kronologi Kehilangan Dan Penemuan Nora Anne Quoirin

Percutian di Malaysia yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar menjadi mimpi buruk buat remaja perempuan warga Ireland iaitu Nora Anne Quoirin yang hilang sebelum ditemui mati tidak jauh dari resort penginapan keluarganya.

Berikut adalah kronologi kehilangan dan penemuan Nora Anne Quoirin:

3 Ogos 2019

  • Nora Anne Quoirin, remaja Ireland yang berusia 15 tahun tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti selama dua minggu.

4 Ogos 2019

  • Remaja yang mengalami masalah holoprosencephaly atau kita sering sebut sebagai lembam itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya kira-kira jam 8 pagi.
  • Polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga gadis itu.
  • Misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dilakukan dengan serta-merta.

5 Ogos 2019

  • Kawasan Resort The Dusun Pantai Hill dikawal ketat oleh pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
  • Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.
  • Operasi SAR menerusi udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.
  • Pada masa yang sama, Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR Nora Anne.

6 Ogos 2019

  • Operasi SAR diteruskan dengan berbekalkan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan dan doa orang ramai.

7 Ogos 2019

  • Bagi membantu siasatan, pihak polis telah merakam 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga Nora Anne.
  • Operasi SAR masuk hari keempat, diteruskan dengan kekuatan 206 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

8 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kelima, diteruskan dengan kekuatan 247 anggota dari pelbagai agensi keselamatan dan diketuai oleh Unit Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Khidmat helikopter Pasukan Gerakan Am PDRM turut digunakan dengan tambahan teknologi yang lebih canggih bagi mengesan gadis tersebut.
  • Inisiatif lain yang diambil adalah dengan memainkan rakaman suara ibu Nora Anne memanggil remaja itu dengan panggilan manja menerusi pembesar suara sepanjang SAR.

9 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari keenam dan disertai oleh pasukan elit PDRM iaitu Komando VAT 69 dengan kekuatan dua pegawai dan 21 anggota.
  • Sembilan dron digunakan dalam operasi SAR untuk menjejaki Nora Anne.
  • Solat hajat telah diadakan di Masjid Kariah Pantai selepas penduduk di sekitar pekan Pantai, Negeri Sembilan selesai menunaikan solat Jumaat bagi memohon dipermudahkan operasi SAR mengesan Nora Anne.

10 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari ketujuh, skala pencarian Nora Anne yang sebelum ini dari 6 kilometer radius dikecilkan kepada 4 kilometer radius dari lokasi kejadian.
  • Masyarakat orang Asli sedia membantu mencari Nora Anne dengan menggunakan kaedah tradisional berdasarkan kepercayaan mereka.
  • Keluarga Nora Anne berterima kasih atas usaha petugas SAR yang sanggup korbankan cuti Aidiladha demi mencari anak mereka.

11 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kelapan, pihak polis membuka talian hotline khas bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat yang boleh membantu untuk menjejaki Nora Anne.
  • Kumpulan pendaki sukarelawan turut serta dalam operasi SAR Nora Anne.

12 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kesembilan, diteruskan dengan kekuatan 348 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
  • Ganjaran sebanyak RM50,000 ditawarkan oleh keluarga Nora Anne kepada mana-mana pihak yang dapat memberi maklumat untuk menjejaki Nora Anne.
  • Pasukan polis Ireland, England dan Perancis turut membantu PDRM menyiasat kes kehilangan Nora Anne.
  • Sekumpulan lima pengamal perubatan Islam daripada Rawatan Tradisional Sulafusoleh menawarkan diri untuk membantu mengesan gadis Ireland itu.
  • Buat pertama kalinya, pengamal media dipelawa untuk menyertai operasi SAR itu.

13 Ogos 2019

14 Ogos 2019

  • 11.45 pagi: Bedah siasat bagi menjawab segala persoalan berkenaan kematian gadis berusia 15 tahun itu dikendalikan seorang pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang pakar patologi HTJ dan dua orang pakar kimia DNA forensik dari Jabatan Kimia.
  • 2 petang: Keputusan bedah siasat pada mulanya dilaporkan bakal diketahui jam 5 petang sebelum ia ditangguhkan pada pukul 8 malam.
  • 8.30 malam: Sehingga jam 8.30 malam, polis memaklumkan bahawa proses bedah siasat masih belum selesai.
  • Tular di media sosial bahawa kematian Nora Anne ada kena mengena dengan orang Asli.

15 Ogos 2019

  • Pihak polis sedang menyiasat individu di sebalik akaun Twitter yang membuat dakwaan Nora Anne telah dirogol orang Asli.
  • Hasil bedah siasat telah mendapati bahawa punca kematian gadis berusia 15 tahun itu adalah disebabkan kebocoran usus ekoran tidak makan dalam tempoh yang lama.
  • Hasil bedah siasat juga mendapati bahawa Nora Anne telah meninggal dunia sejak dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemui pada hari ke-10 kehilangannya.
  • Pihak polis menegaskan bahawa kematian Nora Anne tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Team Lejen Press Digital mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Nora Anne Quoirin.

Artikel Lain Untuk Di Baca